(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ADA APA DENGAN SHARBAT GULA



By  Sic Fallacy     7/30/2010 07:52:00 PM    Categories, 


Berita ini mungkin out dated sudah. Tetapi bagi saia, ini bagaikan ' Mona Lisa ' dalam bidang fotografi. Maksudnya,ini adalah potret termahal yang perna dihasilkan malah sering diperkatakan sejak gambar ini di cetak sebagai cover hadapan Majalah National Geographic keluaran edisi June 1985.

Potret menggunakan wajah seorang gadis yang berusia 12tahun ( teda kepastian tentang ini ) yang dirakam oleh jurugambar NatGeo, Steve Mc Curry dengan menggunakan filem ( filem ya adik-adik,bukan kodak,kodak itu ialah jenama ) Kodachrome color slide, kamera Nikon FM 2,lensa Nikkor 105mm;f2.5 sewaktu membuat liputan tentang Kem Pelarian Nasir Bagh, Pakistan. Gadis itu adalah salah seorang anak yang mana seluruh kampungnya di Afganistan di bom oleh Pihak Soviet pada tahun 1984. Gambar gadis bermata hijau ini dirakam sebaik gadis itu memandang tepat ke rah lensa kamera Mc Curry, kelihatan pada raut wajahnya seperti memarahi kepada jurugambar yang merakam gambarnya.

Pada Januari 2002, sepasukan National Geographic,bersama Steve Mc Curry ke Afghanistan untuk mencari subjek foto yang dikenali sebagai " Afgan Girl " sebaik sahaja mengetahui bahawa kem pelarian Nasir Bagh akan ditutup. Namun, terdapat kekeliruan di mana ada sejumlah perempuan yang tampil mengakui mereka adalah Afgan Girl yang dicari. Selain itu, selepas ditunjukkan foto yang dirakam pada 1984, beberapa orang pemuda mengatakan Afgan Girl sebagai isteri mereka.

Pasukan NatGeo dan Steve Mc Curry akhirnya menemui Afgan Girl, di wilayah terpencil di Afghanistan, beliau telah kembali ke negara asalnya dari kem pelarian di tahun 1992. Dia ialah Sharbat Gula,yang kini berusia 30'an ( pada tahun 2002 ) dan identitinya telah disahkan menggunakan teknologi biometrik, yang berpadanan dengan pola iris mata yang kehijauan dari gambar yang perna dirakamkan dahulu itu dengan hampir pasti persamaannya. Dia jelas ingat dimana gambar wajahnya telah dirakam hanya pada tiga keping ( dalam fotografi disebut shot/frame ) pada tahun 1984 dan sejak dari itu dia teda ketahuan tentang gambarnya itu sehinggalah National Geographic mengambil semula gambar arkib tersebut dan membuat pertemuan semula dengan Steve McCurry untuk mencari pemilik wajah gadis bermata hijau itu.

Gambar terkininya dipaparkan dalam Majalah National Geographic edisi April 2002 dan merupakan subjek sebuah filem dokumentari televisyen, berjudul Search For The Afgan Girl, yang ditayangkan bulan Mac 2002. Setelah itu,pihak National Geographic mewujudkan Afgan Girl Fund, sebuah organisasi amal dengan tujuan mendidik anak perempuan dan wanita muda Afghanistan. Pada tahun 2008, dana itu diperluas untuk merangkumi kanak-kanak lelaki dan remaja dan nama organisasi tersebut diubah menjadi Afgan Childrens Fund.


Nota kaki: Kekayaan sedang dikecapi oleh wanita dan jurugambar tersebut.
Owhhh...


E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate