(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

GAY ITU GILA? ATAU GILA ITU GAY?



By  Sic Fallacy     7/04/2010 03:29:00 PM     


“GEJALA hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara masalah kerosakan akhlak yang sering berlaku terhadap umat manusia dulu dan sekarang.


Masalah ini sudah menular sejak zaman Nabi Luth AS dan ia menjadi barah terhadap umat manusia kini.


“Mereka yang ingin berubah daripada terus terjerumus dalam gejala songsang ini harus tabah dan sentiasa menguatkan diri untuk meninggalkan dunia itu.
“Kita ada beberapa pendekatan yang boleh membantu mereka seperti daripada cara agama, kaunseling mahupun perubatan tradisional. Mereka boleh mencuba satu daripadanya tetapi yang penting adalah kemahuan diri itu sendiri.
“Kebiasaannya, golongan homoseksual sukar meninggalkan kehidupan songsang berkenaan, lebih-lebih lagi bila sudah terbiasa dengannya.

“Walaupun sudah berumah tangga, namun perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup kerja kotor berkenaan.
“Bagaimanapun, tidak kurang juga yang cuba mencari alternatif lain untuk berubah melalui kehidupan berumah tangga.
“Begitupun, atas beberapa perkara mereka kembali melakukan hubungan seks sejenis kerana tidak dapat menahan nafsu yang membuak-buak,”
Mereka yang mahu meninggalkan kehidupan songsang itu harus kuat menangani gelora nafsu masing-masing dan tekadkan diri untuk berubah dan jauhi rakan yang turut berada dalam golongan itu.

“Tiada cara lain kerana semuanya bermula daripada diri sendiri. “Bagi mereka yang tidak mahu berubah, contoh terdekat sudah diberikan Allah SWT pada zaman Nabi Luth di mana hamba yang dilaknat oleh-Nya ditenggelamkan bumi kerana melakukan hubungan seks sejenis. Jadi, kita harap perkara sama tidak berulang lagi,”

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate