(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

OH, NURUL GERSANG



By  Sic Fallacy     7/25/2010 01:05:00 AM     
Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.

Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.

Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ wanita terbabit, Azahar Omar, 32, berkata dia melihat maklumat peribadi wanita itu dalam laman sembang berkenaan pada 10 Julai lalu menggunakan nama ‘Nurul Gersang’.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Teluk Air Tawar selepas kehabisan RM450 untuk memerangkap wanita itu,” katanya. Difahamkan, beberapa lelaki lain turut menjadi ‘mangsa’ dan kerugian ratusan ringgit tetapi enggan membuat laporan polis kerana malu.

Ini adalah petikan dari Akhbar Metro..

Sangat menarik dan membuatkan saia berfikir..

Wah..

Hebat sungguh Facebook ini. Dan lagi hebat seorang lelaki ini. Akibat terpedaya dengan nama " Nurul Gersang " yang dikenali melalui Facebook dan berakhir dengan dia ditipu beribu ringgit.

Setelah merasa diri ditipu serta rugi setelah apa yang diinginkan tiada tercapai,terus buat report polis dan secara langsung menukar jalan cerita dengan " ingin menjerat " entiti yang menggunakan nama ' Nurul Gersang " yang membuka akaun di dalam facebook serta meng'upload gambar-gambar daring dan seksi yang didakwa tubuh miliknya sendiri.

Came on lah saudara..

Logik kah mahu menjerat samapi 3 kali transfer wang dalam akaun Nurul Gersang itu?


Mengaku saja lah..

Yang kamu sebenarnya yang terJERAT.

Wakakakaka..

Eh?

Adakah ini Nurul Gersang yang sebenarnya?



Macam mana? Mahu kah?

Nota kaki: Haih.. Macam-macam..

E.N.D


About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate