(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

PENGALAMAN PERTAMA MENJEJAK KAKI KE MELAKA.



By  Sic Fallacy     7/06/2010 06:11:00 PM     
Hahahaha.. hari tu adalah kali pertama saia ke Melaka.Yup, serious shit.. tats is my 1st time,since saia hidup 25 tahun ( ketika hari trip tersebut ) sudah. Bagai dirancang oleh mereka semua,masing-masing SMS saia mengajak saia ke Melaka. Ya lah. Duduk di rumah seharian tanpa sebarang pergerakkan di laku kan ( kecuali sewaktu ber'golek-golek di atas tilam.. Fuh.. besttttttttttt! ). Jadi dengan penuh semangat hari itu,saia bangun awal ( kot! huhuhu ) mandi,dan bersiap bagai.. tepat jam 8:30am telefon berbunyi menandakan SMS sedang diterima masuk.

Oit,aku kat bawah dah. - SMS Mr. Rextonexphobia.

Wahahahaha.. Melaka! Here i come!! * sambil terlompat riang *

" kita pegi bangsar dulu eh. Amek Ekin dengan Intan sama " kata Mr. Rextonex.

" Okeh " jawab saia.

Perjalanan ke Bangsar dari rumah saia hanya beberapa munite saja. Tapi hari itu terasa sungguh jauh.. " Alahai,bila maw samapai Melaka nih? " kata saia di dalam hati. Fuh,punyalah bersemangat saia hari itu. Maklum lah,mana perna lagi jejak kaki di sana . Perjalanan kami berhenti d kawasan Rehat & Rawat dekat mana entah. " Kita benti jap eh. Makan dulu. Aku lapar ah. " kata Mr. Rextonex.

Jam 1130am tiba di Melaka.
Woah!!

Jakun saia ketika ini. Bertambah jakun pabila melalui kawasan yang biasa saia lihat dalam Tv kini di depan mata. Sungguh memalukan. Haih~ -.-"

Lokasi pertama adalah Zoo Melaka. Bayaran masuk sebanyak Rm7.00/1 orang. Pertama kali menjejak kan kaki di sana membuatkan saia kagum ke'jakun'an,bertambahan pula ada haiwan-haiwan yang belum perna bertemu sepanjang hidup menyerlahkan lagi rasa jakun saia. haih~

Gila luas pula lagi Zoo Melaka itu. Hampir 2 jam lebih masa dihabiskan hanya untuk bersama-sama haiwan di dalam sana,walaupun ada banyak sangkar yang kosong * mungkin haiwan itu sakit,jadi dia mc,mungkin dia offday? Wah.. macam-macam kepala hotak saia berfikir *

Perjalanan diteruskan untuk ke kawasan paling popular Melaka. Kota A Famosa.
WOAHHH!!!

Gilak lah!

Mr. Rextonex mengajak untuk memanjat anak-anak tangga untuk ke atas bukit di mana terletak nya runtuhan Gerja St. Paul. Sungguh memenatkan. Tapi semangat untuk melancong,saia panjatlah juga. Kemudian.. turun ke bawah semula. ?? haih~

Mr. Rextonex ( selaku pemandu pelancong ) menunjukkan Padang Pahlawan,Banda Hilir lokasi pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.Disana juga terletak Mahkota Parade,Dataran Pahlawan Mall ( kot nama nya.. ) Terdapat juga replika kapal terbang,dan kepala kereta api terawal yang digunakan ( Tapi kan,kenapa teda kereta api yang ke Melaka? )

Beca? Woahh!! tapi,hanya boleh tingok saja. Kerana waktu melancong adalah sangat terhad. Okey.. next time.. siap lah kamu wahai beca..

Kemudian kami dibawa ke Replika kapal milik Portugis ( Flor De La Mar nama nya kot? ) '" ini muzium dowh, jom masuk! " kata Mr. Rextonex. Dengan bayaran RM3.oo/1 orang saia dapat merasai ke'best'an duduk dalam kapal. Bwahahahaha..

Jam 6:00pm adalah waktu pulang.

Melaka memang best sangat..Tapi,kenapa teda kedai makan yang sedap?

" Kita pegi makan makanan Portugis nak? "


" Kat Mid Valley.. "


Huh.. T____T


Lantak lah. Asalkan saia dapat melancong ke Melaka.

Ohh..hari itu lah hari cuti saia yang paling seronok.

Err.. Mr. Rextonex..bila maw pergi melancong lagi?

Nota kaki: Cuti-cuti Malaysia...

Lalalalalala..



* harap maaf kerana ketiadaan gambar dalam entry ini. *


Gambar-gambar ada dalam hp milik Mr. Rextonex. Nanti-nanti lah saia mintak pada beliau eh..

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

dya malas nak sign in~ said...

eh? leh komen tak kat sini haha! kelakar gila la entry ni sumpah kelakar! tahun bila p melaka nih. hari tu p melaka x nek beca ke. lawak la hak3!

GematriA™ said...

dya pemalas sign in: err.. awal tahun ni kali
lupa sudah..
besssstttttttttt!


Translate