(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ANAK, SEKS DAN MERDEKA



By  Sic Fallacy     8/30/2010 10:35:00 PM    Categories,,, 


Baiklah, Apa kaitannya seks dan merdeka? Betul, merdeka dan seks itu adalah perkara yang berbeza. Tapi, saia cuba mahu kaitkan SEKS dan MERDEKA yang saia fikir semacam teda boleh berpisah sudah.

Setiap kali masuknya detik jam 12 pada 31 Ogos setiap tahun, anak-anak muda melolong berteriakkan " Merdeka! " menandakan kemerdekaan mereka. Kemerdekaan yang bermaksud mereka bebas. Namun, istilah kemerdekaan itu bukan lah lahir dari jiwa patriotisme mereka, tetapi lahir dari jiwa yang dirasuki makhluk durjana.

Lihat saja pada malam merdeka,Si gadis, berpakaian seperti iras Minah Saleh, memberi jamu mata pada sang lelaki yang sedang ternganga semacam buaya kelaparan menanti mangsa. Dan semudah membeli air di mesin vendor,si gadis mudah menerima sang lelaki dengan kaki yang terkangkang. Maka, penuhlah hotel-hotel murah, dalam kereta, atas motor, malah di tepi semak dibanjiri anak-anak muda bebas menyambut merdeka.

Itu belum lagi dikira di kelab-kelab! Anak muda merdeka ini, khususnya melayu yang mengaku beragama Islam, meneguk air haram sewenangnya, bercampur tanpa mengira jantina. Berpeleseran, berpelukan,berkucup tanpa rasa malu.

Negara semakin membangun untuk maju ke hadapan, namun generasi merdeka ini semakin jauh ke belakang. Gara-gara perjebak dengan pengaruh barat yang hidup bebas dari segi sosial, lalu menjadi ikutan anak-anak muda yang merdeka ini, ditambah pula dengan ke"bebas"an yang diberikan oleh ibubapa.

Maka, akibat dari 'kebebasan' inilah, negara dilambakkan dengan kes buang bayi, video lucah, hotel murah, spa pelacur dan bermacam lagi yang timbul, bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


Persoalannya, Merdeka kah kita?




Nota Anak Merdeka:
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 kepada seluruh warga Malaysia!








E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

12 comments:

mr.curly said...

mmg bess n3 lu ni bro.. wa bru bercadang nk post .. hehe

GematriA™ said...

post saja bro.. hari merdeka kan 1 hari. hahahaha

Oney Guren said...

i like... hehee..kesudahan yer..aku sambot merdeka d uma..sambil jln2 tgk blog....

GematriA™ said...

Oney Guren.. siok lah duduk di ruma, sedangkan saia bekerja. huhuhuhu

neyra shazeyra said...

my dear,

physically we are independent, but mentally there a lot to be improved.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-53 !!

GematriA™ said...

indeed.. agree that

neyra shazeyra said...

:)

agak2 waktu ni musim mengawan da start ta? heeee

GematriA™ said...

mereka sedang mencari port time ini kali. hehehehe

shakira..=) said...

nth bape ramai baby xbersalah akn lahir sbb ari ni...pas2 nth bape byk baby kne buang tepi2 jln,dlm tong smpah,kat tandas,depan msjid...

GematriA™ said...

shakia..kita tunggu 9-10bulan dari sekarang.huhuhu

neyra shazeyra said...

9 bulan dr skrg, lahirlah anak merdeka! heeee

n!da said...

itu merdeka orang melayu.
cube tgk org cine.
seks2 pun bejaye jgk.
ubah mentaliti org melayu.
atau ubah pemimpin?
hoho


Translate