(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

BOIKOT? OH!TIDAK..



By  Sic Fallacy     8/27/2010 11:33:00 PM    Categories,,, 

Bapa kepada penyanyi dan komposer Faizal Tahir, Dr. Mohd Tahir, 60, yakin umat Islam dan sesiapa yang menentang penindasan Rejim Zionis terhadap Palestin hendaklah memboikot produk Israel.

Menurut beliau, biarpun ramai yang menghentam kekejaman Zionis, namun masih ada yang mengambil ringan tentang isu memboikot produk dari negara itu.

“Ada yang tidak sedar sebenarnya apabila kita membeli produk-produk itu, ia menyumbang kepada pembelian peluru dan senjata mereka (Israel).

“Sedangkan cucu saya yang masih kanak-kanak pun bijak memboikot produk-produk mereka. Apabila saya membawa cucu dan memberitahu hendak membeli produk mereka, dia menjawab sebab apa nak beli produk orang yang membunuh bayi?

“Kita boleh mula melatih anak-anak memboikot produk ini dari kecil dengan menghentikan pembelian kosmetik dan rokok. Secara sedikit demi sedikit ia mampu membantu,” ujar beliau dalam satu sidang media bersama-sama Faizal Tahir di Sri Pentas TV3, Rabu.

Dengan pelantikan Faizal sebagai duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin baru-baru ini, beliau bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah itu.

Kata beliau, lebih menyentuh hatinya apabila kempen itu mampu membuatkan Faizal mengubah pemikiran skeptisnya yang sebelum ini ragu-ragu tentang bantuan yang diberikan kepada pelarian Palestin.

Selama ini, penyanyi lagu Sampai Syurga itu tidak pasti sama ada wang yang disumbangkan kepada pelarian itu sampai ke tangan mereka atau tidak.

“Anak kedua saya ini susah untuk mendengar cakap saya dan sukar untuk saya meyakinkannya tentang penyerahan sumbangan itu dari tangan ke tangan.

"Akhirnya, setelah menyertai program ini di Lubnan, dia sendiri yang menyaksikan sumbangan itu diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab di sana.

“Pada mulanya saya tertanya-tanya juga bagaimana TV3 dan Aqsa Syarif Bhd akan menyebarkan maklumat ini. Saya harap Faizal bukan sahaja akan menjadi yakin setelah terlibat dengan program Bersamamu malah membuka mata semua orang,” katanya penuh semangat.

....


Maaf, saia teda dapat join untuk memboikot. Ini adalah kerana saia;

  • suka minum air COCA-COLA.
  • suka makan d McDONALDS.
  • membeli barangan d CARREFOUR.
  • menggunakan INTEL processor.
  • sokong ARSENAL.
  • makan makanan produk NESTLE.
  • selalu guna ubat gigi jenama COLGATE.
  • suka lepak d STARBUCKS.
  • SERTA MANA-MANA PRODUK YANG KAMU INGIN BOIKOT ITU.

Sekian, Terima kasih..




E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate