(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

JASIN TRAGEDY..



By  Sic Fallacy     8/14/2010 01:32:00 AM    Categories,,, 

+ Powered by Youtube +

JASIN — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

"Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah yang diterbangkan ribut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata, Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.

Sumber: KOSMO! online, dan berita ini pun saia dapat tahu dari belog Si Busyuk INI.

Lagi video selepas kejadian,

+ Powered by Youtube +


Nota : Astargfirullah al'azim..

berisyhtifar saia bila mengetahui kejadian ini.

Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia.

...

Al-Fatihah..


E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

neyra shazeyra said...

insaf. beringatlah kematian dimana-mana sahaja. ajal maut di tangan tuhan. saat tuhan sudah turunkan bala, bila-bila shaja nyawa kita boleh diragut.
al-fatihah buat mangsa.

*thanks 4 the backlink. love the pink color :)

neyra shazeyra said...

ada sebab knp Allah turunkan bencana yg tak pernah/sgt jarang berlaku kat satu2 tempat. jadikan ni satu peringatan utk sume.


Translate