(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

OHMAIGOD..



By  Sic Fallacy     8/09/2010 12:11:00 AM    Categories 

NORHASIMAH memangku bayinya yang dilahirkan dengan hidung terletak di dahi.


JAKARTA - Sepasang suami isteri keluarga miskin di Indonesia, Sugara, 30, dan Norhasimah, 27, merayu kepada masyarakat untuk membantu bayi mereka, Ahmad Fauzan Azimi yang berusia dua bulan kerana dilahirkan dengan hidung berada di dahi.

Rayuan itu turut mendapat perhatian ketua jabatan kesihatan tempatan, Dr. Hardi Basuki yang berusaha memohon bantuan pelbagai agensi kerajaan lain kerana bayi tersebut memerlukan kos besar untuk pembedahan pakar.

"Bayi ini normal cuma dia cacat lahir, bukan kerana kurang zat atau faktor perubatan lain," katanya kepada wartawan tempatan di rumah keluarga bayi itu, di Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan, dekat sini baru-baru ini.

Namun, ibu bayi itu bersyukur, anaknya yang lahir pada 9 Mei lalu di Hospital Daerah Damanhuri Barabai dengan berat 3.4 kilogram, sehingga kini belum pernah jatuh sakit teruk walaupun matanya sering terpejam. - Agensi

SUMBER: KOSMO! online


E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate