(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

POISONED MIND



By  Sic Fallacy     8/19/2010 03:28:00 AM    Categories,,, 
Malaysia sekali lagi dilanda demam MLM. Dimana program ini memberikan kesenangan kepada beberapa peringkat manusia. Paling teruk kena demam ini adalah bangsaku yang bergelar meLAYU, yang mana sasaran mereka pada mereka yang berpendapatan rendah atau yang hanya menanam anggur di belakang rumah ataupun yang sudah sedia kaya, namun tamak dan ingin mempunyai harta yang teda habis makan 7-8 keturunan masi.

Seperti yang kita tahu, MLM ini sepatutnya adalah perniagaan produk untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan,nama pun perniagaan sudah. Tapi sekarang ini kebanyakkan MLM ini hanya mementingkan orang bawah, atau dalam kata lain 'downline' yang mana downline ini adalah mereka yang ter'makan dengan kata-kata manis ahli MLM. Konon nya mereka menyertai MLM dalam masa sebulan, mampu untuk memiliki kereta mewah idaman lelaki Malaysia ( ciskek! )

Secara peribadi, banyak sudah teman-teman saia menyertai MLM ini, dan banyak juga lah kata-kata serta ayat-ayat penipuan yang dicipta mereka. Macam-macam yang mereka tabur,demi menarik saia untuk menyertai mereka.

Disini, saia ingin memberitahu, bahawa:

Saia langsung TIDAK berminat untuk menyertai kamu. Kerana saia teda mahu menambah DOSA dengan menipu rakan-rakan dan orang ramai! 

Baiklah, sambung lagi. Bukankah MLM ini juga menyusahkan kita? Err..bukan semuanya ya! Sudah lah ter'makan penipuan, kita pula menipu pihak bank, atau along, atau angah, atau kak chik dan seterusnya untuk membuat pinjaman demi untuk menjadi kaya dengan mudah ( konon! ) Bayangkan lah kalau syarikat MLM yang kamu join itu ditutup? Sampai matilah jawabnya kamu berhutang. Itu belum tentu apabila kamu sudah mati mereka nda mencari, anak dan isteri lah yang menjadi mangsa.

MLM ini juga boleh memecah-belahkan hubungan erat. Baik sesama keluarga atau sahabat handai. Ini yang saia lihat sepanjang pmerhatian saia pada kawan-kawan yang menyertai sebuah program MLM. Pelik, kerana wang, sanggup bergaduh,putus saudara. Kerana wang juga lah seseorang itu berubah. Pelik.. memang pelik.

Baiklah, di sini saia ingin berkongsi laman web yang boleh dijadikan sebagai rujukan mengenai pro dan kontra serta bahaya menyertai MLM. >> www.mlmscam.net/


Jika mahu kaya dalam perniagaan, sebaiknya ikutlah cara Rasulullah saw. Cukup sekadar 1 kedai kecil, dimana mempunyai  barang keperluan untuk dibeli. Senang. Jujur, ikhlas. Insya Allah, Tuhan memberkati usaha itu. teda perlu untuk menipu.

Nota kaki: Saia syukur dengan apa yang saia usahakan kini, membuahkan hasil.

Alhamdulillah..

Baiklah. Cukup lah.

Saia perlu tidur. 

Kerja lagi jam 6:00am nanti.

Selamat bersahur.

Salam.



E.N.D








About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate