(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

RESIDENT EVIL: AFTERLIFE



By  Sic Fallacy     8/10/2010 07:04:00 PM    Categories,, 


Resident Evil: Afterlife, filem seram fiksyen ditulis dan diarahkan oleh Paul WS Anderson, dan dibintangi oleh Milla Jovovich, Ali Larter, Wentworth Miller, Kim Coates, Spencer Locke, Boris Kodjoe dan Shawn Roberts. Merupakan sekuel ke-4 dalam siri filem adaptasi berdasarkan permainan video bergenre survival horror keluaran CAPCOM dengan menggunakan tajuk yang sama, Resident Evil.

Dan yang hebatnya, filem Resident Evil: Afterlife ini akan ditayangkan dalam format 3 Dimensi ( 3D ).

Dalam filem sekuel ini, Alice ( Milla Jovovich ) meneruskan perjalanan dalam usaha mencari dan menyelamat manusia yang masih hidup di Los Angeles dari wabak T-virus, yang disebarkan oleh Umbrella Corporation, yang diketuai Albert Wesker.

Apa yang menariknya, Chris Redfield, watak utama dari permainan video akan wujud untuk pertama kalinya dalam filem francais ini. Manakala,watak dari game dan filem yang kembali diwujudkan semula Claire Redfield dan Jill Valentine.
Filem yang memulakan penggambaran pada bulan September hingga Disember 2009 di Toronto ini dirakam dengan menggunakan James Cameron's 3D Fusion Camera System, dan dijadualkan akan dilancarkan di IMAX 3D pada tarikh 10 September 2010.

RESIDENT EVIL: AFTERLIFE 3D TRAILER

+ Powered by Youtube +


Nota kaki: saia adalah peminat Resident Evil sejak dari tingkatan 3, gara-gara terpengaruh dengan abang saia yang 1 orang pemain game Resident Evil yang tegar.



E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

4 comments:

neyra shazeyra said...

love this! harus tgk!

GematriA™ said...

betul.. wajib ini.. hahahaha.. download sudah! miahahahaha

neyra shazeyra said...

ala....!!! download da? ciskek!

GematriA™ said...

miahahahahahaha..


Translate