(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ REVIEW ] BOOK OF THE MONTH " ISABELLA "



By  Sic Fallacy     8/31/2010 10:38:00 PM    Categories,,, 


Novel yang baru saja saia baca ini berjudul “Isabella” karya Maulana Muhammad Saeed Dehlvi. Dimana karya asalnya adalah dalam bahasa Urdu, dan telah dicetak semula dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Novel ini berisi perbincangan mengenai perbandingan agama Islam dan Kristian.
Menceritakan sebuah kisah benar mengenai seorang gadis Kristian bernama Isabella, seorang puteri kepada Ketua Paderi tersohor di Cordova, sebuah kota nan indah dan bersejarah di Sepanyol. Dia mempelajari agama Kristian secara mendalam dan tekun, mencuba untuk mencari kebenaran dokrin Kristian dengan mengkaji prinsip-prinsip dasar kekristianan, agama yang dianuti oleh keluarganya.

Suatu ketika dia dilanda keraguan dan kejanggalan dalam ajaran agama Kristian, cahaya kebenaran telah terbentang dihadapannya, dan dia mula meninggalkan agamanya dan mendalami Islam sebagai agama baru. Dia dengan berani dan gigih menghadapai tentangan serta seksaan dari ayah, guru, serta umat Kristian di Cordova.

Novel ini diolah dalam jalan cerita yang cukup menarik, dan membentangkan perbandingan keyakinan Islam dan Kristian dengan penerangan yang cukup jelas. Sesuai saia katakan, novel ini adalah sebuah novel spiritual yang sangat bermanfaat dan dapat membantu kita untuk terus berpegang teguh pada Islam.

* Trimas kepada DeLaRuLe, atas kebenaran untuk meminjam buku ini *


Nota Ulat: Hahahaha.. jangan kamurang fikir saia bukan ulat buku ya!






E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate