(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SHIT HAPPENS!



By  Sic Fallacy     8/24/2010 04:27:00 AM    Categories,,, 


Entah apa motifnya, sebuah surau yang baru sebulan digunakan jemaah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling beberapa botol minuman keras dalam kejadian di Taman Seri Pulai di sini semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di antara pukul 1 dan 5 pagi itu mengakibatkan pintu gelongsor surau rosak terkena cat merah. Beberapa tingkap dan dinding yang dibaling dengan botol arak bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Pengerusi surau terbabit, Mohd. Hasbi Ismail, 35, (gambar) memberitahu, sebelum menyedari kejadian itu, dia ada mendengar bunyi seseorang membuang tong cat di belakang rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibadat itu.

“Saya tidak pula bangun kerana tidak mengesyaki apa-apa. Saya terus menyambung tidur untuk bangun sahur.

“Bagaimanapun, apabila saya tiba di surau itu untuk solat Subuh pada pukul 6 pagi, saya terkejut apabila melihat pintu gelongsornya telah disimbah cat merah,”


Sumber: KOSMO! online


Nota kaki geram: wattahell?! 1Malaysia kah ini? Haih~



E.N.D


About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate