(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SHOUT! AWARDS 2010



By  Sic Fallacy     8/24/2010 04:48:00 AM    Categories,, 



Dengan matlamat mencari artis baru yang membawakan gaya muzik urban serta mementingkan kriteria hip dan funky untuk diketengahan bagi mencetuskan pelbagai idea baru dalam arena seni suara di Malaysia, SHOUT! AWARDS 2010 kembali memberi pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti yang menggegarkan industri hiburan sepanjang tahun ini.

Memperkenalkan empat anugerah baru iaitu Anugerah Music Video, Anugerah Breakthrough Local Feature, Anugerah Favourite TV Personality dan Anugerah Mobile Artist Of The Year.

"Tahun ini pencalonan lebih banyak berbanding tahun lepas kerana mereka lebih yakin dengan kemampuan anugerah ini. Seperti tahun lepas, pemenang The Ultimate Shout! Awards, Bunkface telah ditawar beraksi di festival muzik Australia setelah kejayaan mereka memenangi tiga kategori utama anugerah ini," Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.


Juara Shout! Awards 2009, Bunkface

Selain itu, mereka juga menjanjikan kelainan dalam Shout! awards siri ke-2 ini. Jadi sama-sama kita nantikan.

Shout! Awards akan berlangsung pada 20 November 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 8.30 malam menerusi saluran 8TV. Penonton boleh memilih dan mengundi calon kegemaran mereka dengan melayari www.shoutawards.com.my. Kamu juga berpeluang menemui artis kesayangan kamu menerusi beberapa siri jelajah dan memenangi tiket menyaksikan anugerah berprestij ini.


Nota: Boss, kalau mahu photographer untuk event ini, call saja saia. Muahahahaha.

Fuh, kekenyangan akibat makan berlebihan ketika sahur tadi. Adesss...





E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate