(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

TENTANG BULAN



By  Sic Fallacy     8/22/2010 02:54:00 PM    Categories,, 
Rekahan yang terdapat pada bulan.



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil.

Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara.

Penemuan tersebut dilaporkan selepas sebuah kapal angkasa Peninjau Pengorbit Bulan (LRO) merakamkan banyak garisan ganjil yang membentuk rekahan di tanah tinggi bulan.

Pakar-pakar percaya rekahan itu terhasil kerana kerak menjadi rapuh ekoran bulan yang kian mengecil.

Mereka juga percaya bahawa rekahan-rekahan tersebut masih baru.

Menurut saintis, bulan telah mengecil sebanyak 100 meter sejak 800 juta tahun lalu..

Sumber: Kosmo! online




Nota: Wallahu'alam.





E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

3 comments:

Hamzah Ian said...

nice entry.. baru aku tau

GematriA™ said...

ini pun wa tahu d paper bro.

neyra shazeyra said...

bulan semkain indah :)


Translate