(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

WHEREIN LIES CONTINUE



By  Sic Fallacy     8/14/2010 02:41:00 AM    Categories,, 


Anak,
Pemberian Allah yang paling berharga.
Namun, sedari mereka dilahirkan, mereka dibuang dalam sungai, di letakkan d dalam timbunan sampah, kejamnya,mereka dibunuh!

Dimana hilangnya sifat penyayang kita ketika itu? Seperti si dara menyayngi si teruna, begitu juga sebaliknya?
Dimana rasa cinta si dara,seperti cinta pada teruna hingga sanggup menyerahkan tubuh ?
Dimana janji dan tanggungjawab si teruna,seperti berjanji untuk bertanggungjawab ketika untuk meratah tubuh si dara semata ?
Dimana hilangnya pegangan agama seperti yang diajar oleh kedua orang tua?

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” ( al-Israa' ayat: 31)

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' ayat: 33]


Ingat ini:


“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' ayat: 32]


Sumber Ayat suci Al-Quran: Erti Hidup Pada Memberi.

Nota:
Ya Allah,
Daku memohon perlindungan dari-Mu,
Agar dijauhi perkara-perkara yang boleh mendorongku melakukan dosa,
Berikanlah ku kekuatan untuk mengharungi hidup di dunia yang penuh pancaroba ini,
Sesungguhnya daku seorang yang lemah dan hina di sisi-Mu.


Amin.


.....


E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate