(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

BLOGFEST.ASIA @MALAYSIA



By  Sic Fallacy     9/15/2010 04:21:00 PM    Categories,, 



Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah kepada festival blogger antarabangsa, Blogfest.Asia di Universiti Terbuka Wawasan dari 1 hingga 3 Oktober ini.

Acara yang disasar untuk menyediakan platform bagi blogger Asia berkongsi pengalaman ”blogging” itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Khor Khan Khai berkata, beliau menjangka lebih 300 blogger terkenal dari Kemboja, Singapura, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Filipina, China dan Mongolia akan menghadiri acara itu.

"Kami harap acara ini akan memenuhi objektif pelaksanaannya dalam mewujudkan kesedaran mengenai peluang-peluang yang tiba bersama dengan media baru, di samping mencetuskan kesan kepada teknologi serta sosial untuk manfaat rantau ini,”
katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, persidangan itu juga akan membolehkan blogger baru menimba ilmu daripada blogger-blogger lama dan juga pakar-pakar industri, yang akan berbincang mengenai pelbagai perkara dari kewartawanan dan media baru sehingga kepada soal teknologi dan perdagangan.

"Persidangan tiga hari yang turut dianjurkan oleh pertubuhan Dot.Asia yang berpengkalan di Hong Kong, Mybloggercon.com dan Universiti Terbuka Wawasan itu akan menampilkan pelbagai aktiviti daripada bengkel-bengkel, taklimat awam, perbincangan dan kem-kem aktiviti,”
katanya.

Antara acara utama majlis itu nanti termasuk penyampaian anugerah Mybloggercon Awards 2010 dan Asia Blogger’s Choice Awards.


Untuk maklumat lanjut mengenai blogfest.asia ini, kamurang boleh ke http://2010.blogfest.asia/






E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate