(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ INFO ] ACHTUNG! BLOGGER



By  Sic Fallacy     9/14/2010 09:18:00 PM    Categories,,, 



" Penyalahgunaan internet bakal kena tindak tegas "
- SKMM



KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

SKMM berkata pihaknya telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita atas talian yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain.

"Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan,”
kata SKMM dalam satu kenyataan.

Tindakan turut diambil untuk mendakwa pesalah di mahkamah dengan persetujuan Peguam Negara selain tindakan diambil ke atas kandungan dan aktiviti di internet berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan dan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing.



Nota kaki: Jangan Jadi Peterporn..

Huhuhuhu..

Eh? Ada BE dari Nuffnang?

Sambung gelak..

Huhuhuhu..





E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate