(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

KATY PERRY x SESAME STREET = CANCELLED



By  Sic Fallacy     9/25/2010 10:24:00 PM    Categories,,,, 

+ Powered by Youtube +

Penerbit rancangan televisyen kanak-kanak terkenal, Sesame Street, semalam membatalkan kemunculan penyanyi pop seksi Katy Perry dalam siri itu, selepas mendapat maklum balas daripada ibu bapa.

Perry yang terkenal menerusi lagu I Kissed A Girl pada 2008, sepatutnya muncul dalam episod perdana musim ke-41 rancangan tersebut pada 27 September ini, untuk menyanyikan lagunya, Hot N Cold di samping watak Elmo yang digemari ramai.

Namun, selepas sebahagian daripada episod itu disiarkan dalam talian, yang menunjukkan selebriti tersebut memakai pakaian berwarna kuning yang mendedahkan dadanya, Sesame Street mengambil keputusan untuk tidak menayangkan segmen berkenaan.

Lagu asal Hot N Cold mengisahkan tentang seorang kekasih yang sukar dipujuk, tetapi ia ditulis semula bagi satu babak menyaksikan Elmo yang tidak pasti untuk bermain permainan memakai pakaian bersama Perry.

"Sebagai reaksi kepada maklum balas yang kami terima selepas video muzik penyanyi wanita itu ditayangkan di YouTube, kami mengambil keputusan untuk tidak menayangkan segmen itu, yang selalu ditonton kanak-kanak pra sekolah," jelas penerbitan Sesame Street dalam satu kenyataan dengan menambah pihaknya menghargai pandangan penonton terutamanya ibu bapa.

Seorang jurucakap Perry berkata, penyanyi tersebut 'menikmati saat gembira dengan Sesame Street' dan memberitahu bahawa video berkenaan masih boleh ditonton di laman web selebriti itu selain di YouTube.

Penerbit rancangan televisyen terkenal itu menyatakan bahawa Sesame Street yang diterbitkan untuk penonton dewasa dan kanak-kanak sebelum ini pernah bekerjasama dengan pelakon, atlet, pemuzik dan artis.

"Kami menggunakan elemen pembelajaran, selain segmen memaparkan selebriti bagi menarik golongan dewasa menonton rancangan ini kerana kami sedar bahawa kanak-kanak akan belajar apabila mereka menonton bersama ibu bapa atau pengasuh mereka," kata penerbit.




" Eh, sepa kata Sesame Street untuk kanak-kanak saja? "







E.N.D


About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate