(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

3 KISAH KLASIK UNTUK MASA DEPAN



By  Sic Fallacy     9/21/2010 05:59:00 PM    Categories,, 
Kisah Klasik Satu



Kecoh sekejap apabila mendengar berita penyanyi Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsertnya di Pulau Pinang atas nasihat doktor.

Ramai yang beranggapan penyanyi nombor satu negara itu terpaksa berehat dan tidak boleh bergerak aktif kerana sedang hamil.

Bagaimanapun, apabila ditanya sendiri kepadanya, Siti berkata dia belum hamil dan hanya mematuhi nasihat doktor yang tidak membenarkan beliau bergiat aktif.

Penyanyi itu mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Sementara itu, suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa berkata dia dan Siti sedang mencuba untuk mendapatkan anak.

Lantas, doktor menasihatkan Siti agar banyak berehat dan tidak terlalu aktif menyanyi. Ini kerana, jika isterinya banyak berehat, peluang untuk hamil lebih cerah.

Nota: Khalid, buli bha kalau kau! Chayok! Chayok! Muahahahaha



Kisah Klasik Dua

Dalam perkembangan lain yang lebih memanaskan industri hiburan, aktres Abby Abadi menuntut hutang wang hantaran berjumlah RM11,111.11 yang masih belum dilangsaikan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

Apalah nasib Abby, tuntutan Abby dipertikaikan ramai gara-gara kenyataan yang dibuatnya selepas pertunangan Memey dan Norman. Abby dikatakan sengaja mahu membuat masalah antara hubungan mereka.

Bagaimanapun, difahamkan, Abby sebenarnya telah lama membuat kenyataan wang tuntutan itu. Cuma wartawan yang menemubualnya itu mengeluarkan artikel Abby selepas pertunangan bekas suaminya itu.

Nota: Oh, Abby.. kau teda punya wang untuk kahwinkah? Minta sikit pada Norman okey!



Kisah Klasik Tiga

Dan akhir sekali, industri turut menerima berita sedih tentang pemergian seniman tersohor negara, M Rajoli akibat sesak nafas setelah menderita penyakit barah otak sejak tiga tahun lalu.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Nota: Al- Fatihah..








E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate