(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SI COMEL YANG MELETUP DI ATAS KATIL



By  Sic Fallacy     9/15/2010 06:24:00 PM    Categories,,, 
Oh.. Tajuk apakah ini?
sigh~



Baiklah, kamurang semua saia yakin pasti ada komputer riba atau laptop atau notbook atau netbook atau lain-lain yang kamurang namakan. Abaikan dari mana kamurang beli, samada duit gaji, duit parents waima duit PTPTipu sekalipun. Yang pasti, itu hak kamurang. Lalalala.

Bagaimana pula dengan cara kamurang menggunakannya? Hep, jangan bilang pada saia yang kamurang meletakkan laptop itu di atas peha! Walaupun ianya komputer riba, saia dapati kebanyakkan pengguna laptop etc. ini ( student biasanya, ini adalah pandangan saia! sila jangan bantah! ) biasanya di atas tilam / katil sambil bergolek-golek.

Tahukah kamurang, pada permukaan setiap laptop terdapat banyak lubang pengudaraan (air ventilation) dan sekiranya lubang ini tertutup, maka ia akan menyebabkan pengudaraan tidak sempurna dan boleh menyebabkan kerosakan dan ketidakstablian pada sistem laptop kamurang. Maka elakkan lubang ini dari tertutup/blocked secara tidak sengaja sama ada dengan pelekat, selimut, sofa, katil dan sebagainya. Seelok-eloknya elakkan dari menggunakan laptop kamurang di permukaan yang tidak rata seperti katil. Ini kerana kamurang mungkin secara tidak sengaja akan menutup lubang pengudaraaan yang terdapat di bawah laptop.

Pastikan kamurang meletakkan latop di permukaan yang rata, seperti meja, almari dan sebagainya.

JANGAN sesekali meletakkan laptop kamurang diatas tilam, ini kerana permukaan yang tidak rata boleh menyebabkan laptop kamurang teda stabil dan terjatuh, selain mendedahkan hardware laptop kamurang mengalami kerosakan kronik, ianya juga mungkin akan


MELETUP!!





Nota kaki: Eh, AMD lebih cepat panas berbanding Intel kan?










E.N.D


About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

Afiq Din said...

rasenye btol la amd lgi cpt panas...

GematriA™ said...

ehehehe.. patut lah.. nasib notbuk wa intel..


Translate