(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SINGLE ITU BEST? BEST KAH?



By  Sic Fallacy     9/04/2010 04:33:00 PM    Categories,,, 


Memanglah seronok jika kita hidup "single" ini. Boleh buat semua benda tanpa ada bantahan atau perlu menjaga hati pasangan. Tetapi bolehkah kamurang sebegini dalam tempoh yang terlalu lama? Ehehehe..dalam entry kali ini, saia sediakan tanda-tanda yang kamurang hidup single dalam tempoh terlalu lama.

Enjoice!

Oh, lupa. Entry ini juga saia 'dedicated'kan pada Geng KBBK
( Kumpulan Budak-budak Kacak )

Wakakakaka..

Perasan semua awek suka pada kamurang
Bila awek lalu sebelah dan senyum dekat kamurang, mulalah perasan diri hensem, ego pun membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamurang terlalu konfiden. Kamurang fikir awek tadi senyum sebab kamurang memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kamurang atau cebisan cili yang terlekat dicelah digigi masa makan tengah hari tadi.

Membina tabiat makan yang tidak elok
Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kamurang penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah yang kamurang dah lama single. Atau kamurang asyik makan kat luar saja.

Kamurang banyak sangat main games
CS? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA? Huhuhu.. Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kamurang dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kamurang mempunyai awek nanti kelak,pasti kamurang tak mahu main games lagi sudah. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda dan merosakkan peluang kamurang untuk ber'awek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?

Kamurang meluahkan perasaan dekat perempuan
Apa lagi tanda yang kamurang telah terlalu lama single? Dengan menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kamurang seperti “Hey!How's uf life?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup kamurang yang single dan keseorangan. Oh! desperate!

Kamurang mula stalk awek lama
Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng'google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam, sedang kamurang menaip nama ex-girlfriend’s di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook, and some shit like that, lagi lah senangl kamurang men'stalking ini. Hey! Kamon lah! pergilah lepak mana-mana kedai mapley untuk usha perempuan lain.


Sumber: Email.


Nota: Ehehehehe..

Rextonexphobia! Kamu pasti kenal mereka yang menganggotai KBBK ini kan?


Jangan saman saia, saia orang susah..





E.N.D





About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

Atsuko Ichirou said...

eh2...
cm tak syok je single nie??

neyra shazeyra said...

so,,,,u are at which category? :)


Translate