(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ADA APA DENGAN ADAM LAMBERT



By  Sic Fallacy     10/13/2010 10:18:00 PM    Categories,,, 

Pelik.

Mengapa kedatangan artis luar negara - Adam Lambert ke Malaysia menjadi isu? Salahkah dia membuat promosi lagu dan album dia di negara ini? Dengan imej pakaian dan gaya hidup yang dibawanya kunun akan menjadi sebab utama beberapa pihak bersuara membantah agar konsertnya dibatalkan.

Bagi saia, imej yang akan dibawanya nanti langsung teda akan berjangkit kepada anak-anak Malaysia. Ini kerana, anak-anak Malaysia kini lagi teruk dari apa yang ada dalam Adam Lambert. Mengapa teda saja kita memperbetulkan dulu masalah itu dulu.

Perna ada artis wanita dari Indonesia, US malahan Arab membuat persembahan dengan berpakaian menjolok mata, menari dengan gerakan yang boleh membuatkan Pak Aji Buang serban ( ini kata kawan saia, ya! ). Mengapa teda bantahan sebelum konsert itu?

Ya. Kerana mereka itu artis wanita. Bila artis lelaki berpakaian seperti Adam Lambert? Terus ja bantah. Kerana dia LELAKI. Tentu saja teda selera untuk kamurang melihat nya bukan?

Benar, Adam Lambert perna membuat kenyataan yang dia seorang yang mengamalkan gaya hidup songsang di negara asalnya. Tapi kamon lah. Dia juga manusia berakal seperti kita semua. Dan dia ke mari kerana ingin mencari rezeki. Lagi pula dia datang dengan sah serta mendapat keizinan daripada pihak berwajib negara kita.

Jangan kita tutup mata, kerana ramai artis negara ini juga mengamalkan hidup songsang! Mengapa teda membantah setiap kali mereka ini hadir di khalayak? Atau muncul di kaca televisyen?



Rasulullah s.a.w bersabda;
" Barangsiapa menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku. dan barangsiapa menyakiti diriku bererti dia menyakiti Allah "






Nota kecil: Ini hanya sekadar pandangan saia. Bukan berniat untuk menyakiti hati sesiapa pun.









E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

2 comments:

neyra shazeyra said...

muka sebijik mcm penyanyi nama pink tu kan

cik panadol said...

setuju sejutu....wa suke adam lambert! bukan kerana cara hidup dia...tp kerana bakat dia....

urm kalo la dapat g tgk konsert dia mlm ni kan syiok.... :(


Translate