(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ADAM LAMBERT 1 ; PARTY PEOPLE 0



By  Sic Fallacy     10/15/2010 08:06:00 PM    Categories,,, 
Entry ini pula bersangkut dengan yang INI. Konsert Adam Lambert Glamnation Tour Live! 2010 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini berjaya berlangsung walaupun terdapat seGELIntir mereka yang geli-geli untuk menyampah pada Adam Lambert ini.

Baiklah, tahukah kamurang, mereka-mereka yang membantah ini sanggup ke Stadium Putra pada hari konsert tersebut? Ya, mereka kesana. Kunun mahu membantahlah..atau ingin masuk ke sana secara percuma? Huhuhu.. KANTOI di situ.

Menurut laporan beberapa majalah hiburan mengatakan bahawa Adam Lambert berjaya mengawal perbuatan luarbatasan yang biasa beliau lakukan disetiap konsert'nya daripada berlaku. Lihat! Dia berusaha untuk itu. * tepuk tangan * kerana dia meng'hormati garis panduan yang ditetapkan mengenai adat dan ke'sensitiviti'an masyarakat di Malaysia yang majoriti ber'bangsa MeLAYU dan ber'agama Islam.

Mengapa kita yang ter'hegeh-hegeh mahu membantah itu-ini dan menjerit menyalahkan pihak yang bertanggungjawab kunun menghalalkan yang haram, dan banyak lagi kata-kata LOSER yang lain. Kunun konsert ini menjuruskan kegiatan gay akan makin berleluasa. Kunun keruntuhan moral anak-anak bangsa akibat konsert ini dan sebagainya!

Malu saia sebagai anak bangsa MeLAYU, beragama ISLAM melihat mereka yang berkopiah, bersongkok,berserban dan menggelarkan diri mereka sebagai " Mahasiswa Islam " menyerbu pintu masuk tempat berlangsungnya konsert tersebut, dan membuat kecoh ( atau mahu mengikuti konsert tersebut secara PERCUMA-teda dapati saia pastikan ). Jadi benarlah pendapat sahabat baik saia yang mengatakan pelajar/mahasiswa lah yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu kenyataan atau matlamat atau dakyah atau fitnah sesebuah pertubuhan atau sekumpulan orang yang kunun bertindak berlandaskan hukum Islam ( dalam kes ini, juga berkaitan ).

Perna kamurang ter'fikir apa agaknya akan difikirkan oleh Adam dan krew produksi'nya tentang kejadian ini? Ya, Islamphobia mungkin teda akan hilang dalam benak fikiran mereka.



Nota kaki:
Arghhh..maaf, ndada idea maw mengarang.. ikut jari menari di atas kibod.







E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate