(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ MISTERI ] WANITA MODEN DI ,MASA SILAM



By  Sic Fallacy     10/28/2010 09:38:00 PM    Categories,,, 
Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.


IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.


Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit,"
kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.



+ Powered by Youtube +



Nota: Wujudkah mesin masa?










E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

7 comments:

Mama JnJ said...

seram eh pigi sini malam-malam time entri misteri..
tgk linkwithin pun nda berani hua hua..
p/s nda siok kan kalu nda happy blogging huhu

GematriA™ said...

Mama JnJ: bwahahahaha.. terlebih sudah ko mama. Linkwithin teda berani mo tinguk jua.

p/s juga: ia lh mama. jalan2 mo p belog org lain ndada selera jua kn klu nda happy.

neyra shazeyra said...

pinjam pintu sukahati doraemon

GematriA™ said...

Neyra: hahahahaha.. adkh d dunia ini doraemon makcik?

neyra shazeyra said...

ada. dalam bilik ada. jap nak tanya doraemon leh pnjam tak. pakcik tunggu jap ok hahaha

Fuziani JSR said...

Memang menarik... persoalan yang hanya boleh dijawab dengan penyelidikan... mimang menarik bah n3 ni... tapi mimang tu perempuan pigang telipon bimbit sia nampak... hairan juga tu... Bah gaman, ko tulunglah cari jawapannya.... mungkin juga diurang tipu sb mau publisiti...

GematriA™ said...

Fuziani: bah..ada kedengaran, ini iklan utk hp samsung. tapi nda pasti lg..aku mencari jawapan jua ni masi...


Translate