(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ PARANORMAL ACTIVITY ] HANTU DAN HANDPHONE



By  Sic Fallacy     10/25/2010 11:53:00 PM    Categories,,, 

Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu--sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh.

Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.

Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau.

Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit.

Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.

Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu.

Hayes berkata: "Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia."

Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: "Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan." - Agensi


Nota: The Atlantic Paranormal Society ( TAPS ) kumpulan penyelidik aktiviti paranormal paling best. Boleh tinguk di laman SyFy dan Youtube.


" Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri "

Nota kaki lagi: saia ada kejadian paranormal / aneh semasa menemani kawan baik ke rumah di Bukit Jalil awal malam tadi. Deymmm.



E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

3 comments:

Fuziani JSR said...

Takut bila bercerita tentang HANTU.. Seram!!!!!!!! Kategori GALAHIT ( Penakut )

dya adriza said...

saya lebih tertarik nak tau cerita pangalaman awak pagi tadi. boleh?

GematriA™ said...

Fuziani JSR: wakakakaka.. dtg putatan bah. nnt sa tunjukkan tempat yang paling horror. sgt sesuai utk ko..

Dya Adriza: Ehehehehe.. malu lah maw cerita. nnt teda buli tidur kamu d sana.. serius bah ni.


Translate