(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

PENIAGA, ARTIS DAN MONYET! SIAPA MONYET?



By  Sic Fallacy     10/22/2010 02:27:00 AM    Categories,,, 
“AKU berangin betul bro... artis perempuan ni maki orang dengan perkataan monyet. Kau belasah sikit boleh?”

Begitulah bunyi kiriman SMS daripada seorang pembaca setia ruangan ini yang mahu Niezam sebut namanya sebagai Abang Mat.

Abang Mat ni bukan Datuk Ahmad Nawab ya tapi Abang Mat lain yang kerja jual baju bundel di pasar malam.

Kata Abang Mat ni, satu malam dia terbaca Twiter dari telefon bimbit anaknya yang memang meminati artis.

Dia terkejut apabila membaca satu perkataan yang ditulis seorang pelakon wanita ini.

Cukuplah Niezam bagi gambaran, pelakon ini bekerja juga sebagai pengacara televisyen dan pernah terlibat dengan kisah kontroversi. Cukup ya gambarannya di situ.Yang lain jangan tanya.

Kata Abang Mat, pelakon itu berkata ada wartawan yang macam monyet ketika membalas satu Twiter yang dihantar oleh rakannya yang juga pelakon popular.

Rakannya itu meluahkan perasaan marah apabila berlaku salah faham dia dengan wartawan. Lepas tu si pengacara yang tak sedar dek untung ni pun membalas dengan mengandungi perkataan seperti itu.

Bila Abang Mat minta Niezam telefon si pelakon untuk belasah dia cukup-cukup, Niezam jawab kepada bang Mat satu perkataan sahaja iaitu Niezam tak nak jadi monyet.

Biar artis itu berperangai macam monyet sudahlah iaitu monyet yang tak dapat pisang setahun.

Tak ada guna Niezam nak membazir bil telefon nak tegur artis ini sebab perangai dia pun lebih kurang macam monyet juga.

Hanya monyet boleh bercakap dengan monyet sebab kalau manusia bercakap dengan monyet, nanti monyet akan lompat atas kepala.

Ingat... monyet hanya kelihatan hebat apabila dia duduk atas raga motor tuannya tanpa perlu bimbang disaman polis kerana tidak pakai topi keledar. Tapi bila turun motor dia kena buat kerja panjat pokok kelapa sahaja.

Artis ini nak kata monyet ke, beruk ke, beruang ke musang ke, Niezam tak rugi satu sen pun. Tapi Niezam dah lama dah duk perhati tingkah laku pelakon ini yang semakin menjadi-jadi perangainya.

Antaranya ialah suka berbohong, mungkir janji, perasan dah popular dan mulut jahat iaitu elemen-elemen yang ada pada seekor monyet.

Apabila dia menggelar diri orang lain seperti monyet, dia sebenarnya mengata dirinya sendiri. Niezam mengucapkan terima kasih kerana jarang manusia di dalam dunia ini mahu memanggil dirinya monyet malah monyet pun tak sanggup kalau tahu dia adalah seekor monyet.

Artikel asal adalah milik Encik Niezam, dari mStar Online. Di'kopipasta'tanpa sebarang editan.


Baiklah, dari clue-clue yang diberi, adakah monyet tersebut ialah ini?


Dia?

Bukankah?

Deymmm!

Tekaan saia salah!

Err..

Sepa boleh tolong betulkan?






E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate