(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ PREVIEW ] HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



By  Sic Fallacy     10/20/2010 06:47:00 PM    Categories,,,, 
Baiklah. Lupakan Tomok dan robot MANTERA . Kerana ini adalah filem yang bakal menggegarkan dunia perfileman kita yang sedang jatuh merundum. Eh, mungkin perkataan " yang sudah jatuh merundum " aalah perkataan terbaik untuk menggambarkan situasi sekarang.

Selepas mencetuskan fenomena dengan filem CicakMan 1 & 2, Pengarah muda, Yusry Abdul Halim, yang saia kira TERBAIK ini sekali lagi bakal mencatat sejarah apabila berjaya mengarahkan 1 lagi filem berkonsepkan " Epic Drama " dimana sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dijadikan taruhan.

Stephen Hughes Rahman diberi kepercayaan untuk melakonkan watak Merong Mahawangsa, seorang pahlawan dan nakhoda kapal dari didakwa kununnya dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Selain Stephen Hughes Rahman, filem ini juga diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.

Tayangan 1 jam 50minute ini juga dikenali dengan tajuk The Malay Chronicles untuk tayangan luar negara, kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abd. Halim beberapa negara luar berminat untuk membeli hak pengedaran filem yang menelan belanja sebanyak 8 juta ini, seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, dan Negara Asia Barat.

Filem ini dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada Disember 23rd 2010.

Jom, layan trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa.


+ Powered by Youtube +



" Baiklah, yang ini perlu tonton di pawagam! "








E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

Fuziani JSR said...

Sifu... mcm cerita best jak tu... bolehlah turun g tengok wayang nanti bawa anak2..

GematriA™ said...

Fuziani: sifu? haish..
jgn begitu.. malu sa.
Bah.. mmg mcm besh.. huhuhuhu

d_LA said...

sedey..cni xde panggung daaa :(

GematriA™ said...

d_LA: alalala..kesian. tia pa. blh bli dvd bila keluar nnt. ;-)

Mama JnJ said...

best2 ni movie..tpi ending errrr...


Translate