(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

RESPON PDRM TENTANG VIDEO "POLICE INTIMIDATION"



By  Sic Fallacy     10/15/2010 07:32:00 PM    Categories,, 
Lanjutan tentang kes yang perna saia siarkan dalam entry si bodoh yang memperbodohkan diri sendiri; dimana seorang wanita merakamkan video dan menconteng buku saman pihak polis ketika dia ditahan di sebuah jalan.

Akhirnya, video tersebut telah sampai ke pihak PDRM dan maklum balas tentang hal tersebut diterima melalui laman sosial Fecebook milik PDRM;

Salam rakan-rakan semua, apa yg kita lihat di dalam video itu, terdapat kekurangan/kesilapan di kedua-dua pihak. Di pihak Polis, anggota tersebut bersikap kurang mesra, dan terdapat kata-kata yang tidak perlu diucapkan langsung. Apa yang perlu diucapkan ketika menahan seseorang yang melakukan kesalahan trafik, adalah mengucapkan salam/selamat pagi/petang, maklumkan apa kesalahan pemandu dan jika dia menerima alasan yg diberikan oleh pemandu, dia boleh menggunakan budi bicaranya untuk melepaskan pemandu dengan amaran atau ingatan dan jika dia tidak menerima alasan pemandu, dia terus mengeluarkan saman dan beredar.

Jika pemandu enggan menerima saman, buat catatan dan terus beredar. Kata-kata atau ucapan lain yang tidak berkenaan tidak perlu.

Di pihak pemandu, di dalam insiden ini pula seolah-olah mencabar dan membuat provokasi kepada anggota polis yang menjalankan tugasnya. Ini juga tidak perlu dilakukan. Tidak salah untuk merakam kejadian yang berlaku tetapi tidak perlu mengeluarkan kata-kata yg mencabar anggota Polis itu. Jika ada perbuatan anggota Polis itu yang tidak menyenangkan pemandu, dia boleh melaporkannya kepada Pegawai Kanan Polis di mana-mana Balai. Pemandu juga boleh hadir ke mahkamah untuk mendengar kes di hadapan Majistret, jika tidak puas hati dengan saman yang dikeluarkan. Saya telah menghubungi Rakan kita yang postkan video ini tetapi malangnya dia tidak dapat memberi saya butir-butir lanjut kejadian ini. Kita akan cuba kesan Anggota polis berkenaan dan dapatkan butiran kejadian.Terima kaseh saya ucapkan di atas pendedahan ini.


Sumber: MediaMalaya.


Nota kaki: Baiklah. Boleh berhenti kutuk perempuan tersebut. Nanti jadi kes lain pula!




E.N.D


About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate