(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ TRIBUTE ] DI MANA KAN KUCARI GANTI



By  Sic Fallacy     10/17/2010 11:05:00 PM    Categories,,,, 


" Di mana kan kucari ganti,
Serupa dengan mu.. "


Satu soalan, yang teda akan punya jawapan. Bagi mencari pengganti Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Lawaknya,nyanyiannya masih lagi kedengaran sehingga kini. Secara peribadi, walaupun beratus ribu kali dihidangkan dengan cerita yang sama lakonan beliau pasti saia tetap akan tersenyum, ketawa, sedih malah menangis sekali pun.

Dan untuk mengenangkan 37 tahun pemergian Allahyarham ( kalu teda silap pengiraan saia ) syarikat siaran berbayar, ASTRO telah pun melancarkan Program " Oktober; Bulan P. Ramlee " , dan sebuah konsert " tribute " akan diadakan. Yang lebih menariknya, 1 klip video muziki Di Mana Kan KuCari Ganti tercipta hasil garapan semula KRU serta beberapa artis terkenal Malaysia bergabung menjayakan klip video ini.


+ Powered by Youtube +

1 Album Tribute juga dihasilkan untuk menjayakan Program Oktober; Bulan P. Ramlee ini. Dengan kerjasama Xfm, ASTRO dan beberapa syarikat rakaman artis indie, maka, terwujudlah Album “P RamleeDimanakan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi. Dan lagu-lagu dalam album ini dapat didengari di siaran XFM, Era FM, Sinar FM dan THR Gegar bermula pada Oktober 25hb 2010 nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.astro.com.my/pramlee/


Nota: Teringat zaman sekolah. Cikgu sejarah suru bikin buku folio / skrap mengenai tokoh. Dan saia memilih Allahyarham sebagai tajuk utama nya. Siap ada lukisan potret dan score A+ untuk itu.









E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate