(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

AKU INGINKAN SAHABAT SEPERTI UMAR, CINTA SEIKHLAS ZULAIKHA..



By  Sic Fallacy     11/05/2010 11:03:00 PM    Categories,, 
Akibat ke'tidakbolehtidur'an walaupun ber'biji ubat-ubatan ditelan, saia sempat meng'habiskan senaskhah buku. Terus jak buat review tentang buku ini.

Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha, hasil penulisan Taufiqurrahman al-Azizy, penulis novel Indonesia yang terkenal dengan Novel Trilogi Makrifat Cinta (Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta) ini merupakan novel spiritual cinta dan iman berasaskan kisah Al-Quran. Di mana satu-satu watak itu bersifat, melalui pengalaman dan perilaku seharian masyarakat Islam khususnya diselitkan juga. Secara peribadi, novel ini boleh dijadikan inspirasi bagi kita dalam menjalani hal seharian, ibadah, dan cinta.




Kisahnya bermula apabila Zulaikha bersama 6 orang lagi rakan universiti'nya datang ke Kampung Telagasari untuk membuat kajian. Disana, Zulaikha bertemu Yusuf, seorang pemuda kampung yang hanya melakukan kerja-kerja di kampung kerana kemiskinan'nya.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Dalam masa yang sama, Yusuf diminati oleh seorang gadis di kampung'nya secara senyap-senyap. Bertambah teruk apabila ibu si gadis ini juga bersekongkol untuk mendapatkan Yusuf agar menjadi menantu'nya. Bertambah teruk apabila si ibu gadis itu menimbulkan fitnah tentang Yusuf, sehinggakan membuat Yusuf dan ayahnya, Ya'kub berasa serba salah dan Yusuf mengambil keputusan untuk melarikan diri, untuk mengelakkan lebih banyak fitnah tentangnya menjadi buah mulut orang kampung.

Zulaikha tiba di Kampung Telagasari, namun terlewat kerana Yusuf telah pun membawa diri ke kota. Dan dia membuat keputusan untuk tinggal di sana demi menjaga ayahnya si Yusuf, Ya'kub. Maka tinggallah Zulaikha, bersama Yusuf serta si gadis dan ibunya tanpa mengetahui rancangan buruk mereka anak beranak. Dan setelah beberapa di sana,cinta Zulaikha beralih angin kepada Umar, sahabat baik kepada Yusuf.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut di sebuah Masjid, dan dia juga mendapat kepercayaan Imam masjid tersebut dan bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikha tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Manakala, di Kampung Telagasari penduduk kampung heboh bercerita tentang Zulaikha dan sahabat baik Yusuf, Umar yang akan melangsungkan perkahwinan. Akibat pertunangan itu, Zulaikha dikutuk dan dikeji orang kampung kerana dianggap munafik dalam cintanya terhadap Yusuf dan Umar juga dianggap menikam dari belakang sahabatnya sendiri dengan merampas Zulaikha.

Namun, segalanya terbongkar pada hari pertunangan Zulaikha dan Umar. Dihadapan sahabat baiknya, Yusuf dan ayahnya serta orang kampung Telagasari, Umar mendedahkan perkara sebenarnya, tentang cinta palsunya terhadap Zulaikha serta rancangan jahat si gadis dan ibunya itu. Sebab itulah dia berpura-pura menyintai Zulaikha demi menjaga keselamatan Zulaikha daripada menjadi mangsa rancangan kedua beranak itu. Dan Umar berkali-kali menyatakan dia tidak tergamak untuk menghancurkan hati sahabat baiknya sendiri dengan merampas Zulaikha.
Akhirnya, Zulaikha pulang ke pangkuan kekasih hati yang salam ini dicinta dan dirinduinya, Yusuf.



Tamat.



Nota: Hehehehehe..
Fuh, aneh..
saia boleh meringkaskan sebuah novel yang beratus-ratus muka surat dalam masa 40 minit jak!

Baiklah, maw tidur ni sudah.

Selamat malam.

Assalamualaikum..











E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

neyra shazeyra said...

nice one

GematriA™ said...

Neyra: Mekacih makcik.
( taip dalam keadaan mata tertutup rapat)

neyra shazeyra said...

mana nak beli buku ni? tlg belikan. heee

GematriA™ said...

Neyra: owh.. kirim dari kawan d Sabah.

ada lh d s'jung jua. tp susa lh mw cari..bukan semua toko ada jual..

kebanyakkan dijual just buku cinta buatan penulis malaysia yang sungguh memualkan.

balik2 cinta sesama manusia..
*boring*

neyra shazeyra said...

thats y lah interested on this. novel2 cintan skrg jalan cerita sama ja. :(

carikan la.. kalau jmpa belikan eh :P


Translate