(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ENTRY TANPA TAJUK



By  Sic Fallacy     11/28/2010 12:48:00 AM    Categories,,, 
Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.

Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.

Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.

Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.

Terima kasih..
rela aku mengenalimu.




Background Music: Hujan Bunga Di Kuala Lumpur





Nota kaki: Baiklah..
 Mari tidur..
Zzzz...






















E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

7 comments:

siti nur kaxzmilah said...

acewahhh~ bunga2 shinta~ layu d pusara~ kata2 mu ne gema sayam~ mau katawa pon ada~ mau senyum pOn ada~ mengkali kalo aku tgk muka mu ne ngan apa yg ko taip nda ngam kali~ tapi semmart eh~:P

neyra shazeyra said...

semakin jiwang. dengan siapa la kan?

Mama JnJ said...

jiwaaaang siutttt...lawalah gema hehehe

GematriA™ said...

Kax: miahahahaha..masa tekan2 ni aku kesenyuman jua ni. lg teringat masa d college dlu jua.


Neyra: urang itu adalah....

Wek.. :-P

Shhhhhh...



Mama: ehehehehe.. bukan selalu ni sa lg jiwang2 ni mama..

eRza farEeha said...

mak ai...jiwang gema ni..hehe

Anonymous said...

untuk cik bintang hati ke encik neil. ahakz

GematriA™ said...

eRza: shhhh... diam-diam sudey! hahahaha


Translate