(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ GAMBAR ] MANUSIA PERTAMA DI DUNIA ?



By  Sic Fallacy     11/06/2010 07:17:00 PM    Categories,, 
GAMBAR rakaman Louis Daguerre menunjukkan seorang budak sedang mengilat kasut (dalam bulatan) pelanggannya di Boulevard du Temple di Paris, Perancis pada 1838.
******************************************************

Gambar hitam putih yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang mengilat kasut pelanggannya di Perancis dipercayai merupakan gambar fotografi menunjukkan aksi manusia pertama di dunia, lapor sebuah akhbar.

Gambar tersebut dirakamkan oleh perintis dunia fotografi, Louis Daguerre pada tahun 1838 di Boulevard du Temple di Paris, Perancis.

Ia diketahui wujud sejak lama dahulu tetapi mencetuskan minat di Internet baru-baru ini selepas beberapa ahli akademik dari Universiti Rochester mendakwa gambar fotografi manusia pertama dirakamkan di Cincinnati, Amerika Syarikat (AS) pada 1848.

Daguerre merakamkan gambar di Paris itu dengan menggunakan teknik daguerreotype (sempena namanya) yang memerlukaan pendedahan selama beberapa minit untuk membentuk imej di atas satu kepingan perak.

Kawasan Boulevard du Temple itu sibuk dengan orang ramai.

Namun, dalam gambar itu cuma terdapat seorang lelaki dan pengilat kasut.

Keadaan itu berlaku kerana budak pengilat kasut dan lelaki berkenaan di kawasan itu yang tidak bergerak untuk jangka masa agak lama sekali gus membolehkan imej mereka tertera pada gambar itu.

Imej lelaki tersebut dikesan oleh seorang penulis blog, Gig Thurmond dalam blognya, The Hokumburg Goombah, yang mendakwa gambar itu adalah gambar fotografi pertama di dunia yang menunjukkan aksi manusia.




Sumber: Kosmo! online






















E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate