(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ KEMPEN ] SAYANGI BAYI ANDA



By  Sic Fallacy     11/25/2010 01:02:00 PM    Categories,, 
Sekali lagi Miss Kenit meng'tag saia. Kali ini tentang " Kempen Sayangi Bayi Anda ". Memang serious dan kena dengan fenomena yang berlaku di negara kita sekarang ini.

Dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin dengan ini, saia menyokong kempen sayangi bayi anda yang diwujudkan oleh Cik Alienelliz, melalui belog'nya di SINI.



Saban hari, tertera didada-dada akhbar tentang kes buang anak yang mana pada pandangan saia majoriti ianya melibatkan mereka yang beragama Islam. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kekangan agama atau sikap masyarakat Islam di negara ini yang memandang hina golongan yang mengandung di luar nikah menyebabkan terjadinya kes sebegini?. Atau adakah kerana malu bila mengetahui anak atau saudara mengalami masalah ini dan jalan peyelesaiannya dengan buang anak?

Ketahuilah, bayi-bayi yang dilahirkan tanpa sengaja itu langsung teda bersalah. Mengapa dibuang? Dibunuh?

Satu lagi hal, malukah kamurang jika bayi itu hidup dengan ber'bin/binti kan Abdullah? Dan mengapa pula mereka yang suci di'gelar ANAK HARAM? Haramkah mereka, sedangkan mereka dilahirkan akibat perbuatan HARAM kedua ibubapa mereka itu sendiri. Mengapa teda seja mereka itu yang patut digelarkan ANAKHARAM?! Sudahah berzina, hingga melahirkan anak! terus seja lagi dibuang. Mereka ini lagi HARAM dan HINA. Lebih haram dari BABI! Sedangkan lagi babi menyayangi anak'nya. Mengapa teda kita? Yang dilahirkan oleh ALLAH dengan satu kelebihan berbanding haiwan, AKAL. Mengapa teda menggunakan kelebihan itu?

Senang, kerana cinta kepada pasangan kunun'nya, serta takut diketahui oleh ibubapa. Lalu, dimengandungkan secara rahsia, dan dibuang atau dibunuh mereka sebaik dilahirkan.

Tetapi, kita teda senang seja untuk menunding jari menyalahkan sepa-sepa bila kes sebegini berlaku. Mari kita kaji permasalahan ini dan berbincang mengenai langkah sekurangnya dapat mengelak atau mengurangkan daripada berlakunya kes ini.

Perkara ini terjadi mungkin kerana kekurangan didikan agama. Jadi, IBUBAPA di rumah berperanan penting dalam hal ini. Membiarkan anak bergerak bebas tanpa diawasi oleh ibubapa. Apakata, jika dilaksanakan hidup berlandaskan Islam. Titikberatkan solat terhadap keluarga. 
" Sesungguhnya, solat itu dapat mencegah dari keji dan mungkar "

PIHAK BERWAJIB juga berperanan dalam mencegah kes seks luar nikah dan pembuangan bayi ini. Tutup semua punca-punca maksiat seperti kelab-kelab malam, wujudkan garis panduan dan etika lakonan dalam penayangan dalam mana-mana media, seperti tv, pawagam, VCD, DVD etc. serta hapuskan majalah-majalah yang kebanyakannya menyiarkan cerita berunsur seks atau gambar-gambar lucah.

Jika teda keberkesanan dengan cadangan di atas. Kita kembali pada awalnya dengan laksanakan hukum HUDUD
 " Taat Allah swt, taat Rasul dan laksanakan hudud (hukum) Allah swt. Berzina bagi belum kahwin, sebat 100 rotan, dan berkahwin yang berzina, rejam sampai mati, "

 Sesungguhnya, kita telah jauh tersimpang dari jalan sebenarnya. Maka, mari kita bersama-sama berusaha untuk kembali jalan yang diredhai Allah swt.  Dengan usaha dan bantuan dari pihak bertanggungjawab, InsyaAllah perkara ini dapat dielakkan. 

Adesss.. penat jari.. penat otak..

Hmm.. Tag? Owh.. saia menge'tag pada kamurang yang ada idea  untuk mencegah kes sebegini daripada berlaku pada masa akan datang serta pada kamurang yang ingin join " Kempen Sayangi Bayi Anda " 

















E.N.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

4 comments:

neyra shazeyra said...

hahah bagus2

eRza farEeha said...

spe miss kenit 2??kih3

GematriA™ said...

Neyra: thumb up..tq2..




erza: uisehhh..tanya pl sepa kenit ni...

tamanraudhah said...

Beri Laluan
Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?


Translate