(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ADA APA DENGAN TAHUN BARU



By  Sic Fallacy     12/31/2010 11:10:00 PM    Categories,,, 
Ehem.. Ehem..
Ketika entry ini ditulis, bertimbun-timbun SMS diterima, mengajak saia untuk keluar menyambut " Tahun Baru "

Arghhh..
Tension..

Maaf. Saia bukanlah seperti mereka yang gemarkan untuk menyemakkan diri dalam suasana hingar bingar. Tambahan lagi untuk melihat gejala-geala soSIAL bangsa yang seagama saia sendiri yang sangat memualkan.

Selalu saia terfikir.
Ada Apa Dengan Tahun Baru?
Setiap tahun pun disambut. Dengan benda-benda yang sama.
Persembahan artis, pertunjukkan fesyen yang diragakan oleh urang MeLAYU, Belum dikira lagi dengan aksi-aksi mat rempit, mat kereta disamping kereta 2nd hand atau disewa.
Erghhh.. Deymmmm..

Namun, apa yang pasti, aktiviti teda bermoral akan berleluasa setiap kali sambutan begini. Semacam sinonim sudah antara kemeriahan sambutan tahun baru dengan gejala soSIAL. Semacam isi dengan kuku dan begitulah bahana yang menimpa negara kita, yang digelar Negara Islam.

Nyatanya, yang seronok adalah mereka yang berpesta, namun, generasi akan datanglah yang rugi. Kita juga tergolong dalam mereka yang rugi ini, kerana Allah swt menurunkan bala kepada kita semua dan bukan hanya pada mereka yang berpesta itu.


Persoalannya kini, Adakah betul cara kita menyambut tahun baru dari waktu petang,tengah malam hingga dinihari? Kerana, bagi saia, daripada sambutan seperti ini, hanyalah menyumbang kepada masalah sosial yang lebih kronik lagi seperti percampuran antara lelaki dengan perempuan yang akhirnya membawa kepada dosa zina, natijahnya mengandung di luar pernikahan, dan akibat ‘tak tahu nak buat apa’ akhirnya kandungan itu digugurkan atau dibiarkan mati dengan sendiri dengan cara membuang di merata tempat, seperti di bawah tangga, depan rumah orang, tepi longkang dan seumpamanya.Ini bukan tuduhan melulu, tapi realiti masalah sosial remaja masa kini.

" Konsert Di Ambang Merdeka" yang diadakan samada di KLCC, Dataran Merdeka atau di tempat lain contohnya. Pada dasarnya bertujuan memberikan sedikit hiburan kepada warga kota sementara menunggu detik 12 malam 31 December setiap tahun. Kesempatan ini diambil oleh mereka yang sanggup meluangkan masa bersesak di tapak konsert terutamanya para remaja. Apa yang menyedihkan, kebanyakan mereka adalah terdiri daripada remaja Melayu, lelaki dan perempuan. 
 
Remaja Melayu khususnya gadis sudah tiada lagi segan silu memakai pakaian menjolok mata. Golongan seperti ini sudah tidak lagi segan silu berdakapan, berpeluk sambil berjalan atau sambil duduk sementara menanti detik 12 malam. Lebih mengejutkan remaja Melayu sudah tidak lagi segan silu membeli, membawa dan meminum minuman keras seperti hingga ada yang mabuk di khalayak ramai. Tambah mengecewakan remaja Melayu terutamanya yang masih bersekolah tanpa segan silu menghisap rokok di khalayak ramai. 

Lihat sahajalah cara berpakaian anak-anak muda. Kita pasti akan menggelengkan kepala melihat fesyen pakaian dan gaya rambut mereka. Cuba tanyakan pada diri, Apakah mereka ini benar-benar menyambut tahun baru atau sebenarnya mereka ini terlalu seronok dan ghairah, terlepas daripada kawalan ibu bapa dan terlepas daripada kewajipan menunaikan solat Asar, Maghrib & Isyak? penghayatan sebenarnya kurang atau langsung tidak ada!. Perhatikanlah muda mudi di Bukit Bintang, KLCC atau Bangsar pada malam menjelang 1 Januari jam 12 tengah malam nanti.

Renungkanlah..




Nota jari:maaf di atas ke'EMOSI'an saia dalam entry ini.




























Selamat Tahun Baru 2011!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

6 comments:

Anisa Hang Tuah said...

malam tahun baru,duduk rumah.baring,nonton tv & makan2 bersama famili

happy new year!

GematriA™ said...

anisa: ehehehe.. best2..

happy new year 2 u..

zEri sAfEerA said...

setuju :)

duk rumah ngan family sudaaa...

GematriA™ said...

zeri sareera: betul..
jd family pun nda risau tentang kita jua

Mama JnJ said...

aku buat bunga jak ni buss...

GematriA™ said...

mama JnJ: bah.. kulihat suadh dibelog mu..
semmmarttt gilak bunga tu..
kirim sini..
kirim sini...


Translate