(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

DIARI SEORANG LELAKI



By  Sic Fallacy     12/17/2010 12:31:00 PM    Categories,,, 
Detik demi detik dilaluinya dengan kesunyian hati, minit demi minit dijalaninya dengan kehampaan rasa, jam demi jam dijelajahi kegelisahan cintanya, hari demi hari diharunginya lautan kesabaran kasihnya, berminggu-minggu kisahnya ditulis dalam lembaran hati yang putih, berbulan-bulan kasihnya ditunggu dalam ketidakpastian, bertahun-tahun cinta kasihnya ditunggu dihujung persimpangan jalan kehidupannya. Sekarang dia masih menunggunya. 

Dia melihat kalender di diari'nya Matanya terpaku pada satu tarikh keramat yang ada pada bulan July. Dia teringat pada beberapa ratusan hari yang lalu pada tarikh itu di bulan July. Dia merasakan sebuah rasa yang luar biasa, namun rasa itu tidak sempat keluar dari hatinya, rasa itu tidak sempat dinikmatinya, rasa itu dia telan sendiri. Rasa cintanya pada wanita pujaanya dia simpan sebaiknya disebuah lubuk hati yang paling dalam.

Lelaki itu meninggalkan tempat duduknya, dia menghirup udara segar, udara di awal tahun 2007. Dia lalu menaiki sebuah bukit, bukit yang indah berbunga, di melihat ke arah lereng bukit yang hijau, dia melihat buah strawberi sedang berbuah, di sana juga ada tempat beristirehat.

Lelaki itu teringat pada beberapa waktu yang lalu, dia pernah melihat wanita pujaannya sedang merasakan kebahagiaan bersama rakan-rakannya yang lain. Dia melihat kebahagiaan wanita pujaannya dari raut wajahnya, kelihatan berseri-seri. Wanita pujaannya itu senang bersama rakan-rakannya itu di sini.

Sekarang lelaki itu membayangkan jika dia berjalan-jalan bersama wanita pujaannya ke lereng bukit itu. Memetik buah strawberi yang sudah matang, kemudian saling bersuapan. Dia mengajak jalan-jalan wanita pujaannya sepuasnya di lereng bukit itu sambil menikmati udara segar yang masih alami. Dia juga mengajak wanita pujaannya makan bersama di lereng bukit yang indah itu.

Namun sayang, hal itu belum tentu terjadi pada dirinya, sedangkan wanita pujaannya sering melakukannya tidak dengan dirinya.

Lelaki itu semakin merasakan hal luar biasa pada diriya. Rasa cintanya, rasa kasihnya, rasa rindunya, rasa asmara yang bergejolak dihatinya semakin meggelora. Lelaki itu berkata dalam hatinya.
“Bagaimanakah dirimu sekarang? Aku sabar menanti giliranku untuk kesana, semoga kau bahagia di sana. Biarlah diriku bersama hatiku yang selalu menyimpan dirimu. Dirimu yang selalu memberikan senyuman manis, tatapan mata yang menyejukkan hati, jelingan matamu sewaktu kau merajuk yang membuatku terpesona padamu, dan wajahmu yang manis. Aku tetap setia menunggumu di tempat ini, tempat kita bertemu, duduk bersama dibangku itu di bawah pohon cemara.


http://maramissetiawan.files.wordpress.com/2009/12/cinta.jpg


Entry khas untuk Allahyarhamah Nurin Diandra Al-Ikhsan.
1982-2002
...

Kakak, Selamat Hari Jadi..
























Al-Fatihah

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

8 comments:

Anisa Hang Tuah said...

nis nangis baca entri ni..

semoga ditempatkan di tempat orang yg beriman

GematriA™ said...

Anisa: trimas Anisa..
;-)

dya adriza said...

Al-Fatihah buat kak nurin..

Saya yakin, awak dan kak nurin pasti akan bersama di sana, kebahagiaan di sana lebih nikmat. InsyaAllah.

Jangan bersedih, nanti arwah pun sedih tengok awak sedih. doakan arwah, semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

Walau sedalam mana pun cinta awk pada kak nurin, kehidupan di dunia ni perlu diteruskan. Semoga awak tabah, even dah 8 tahun awk simpan perasaan tu.

Take your time k =)

GematriA™ said...

Dya: ehehehehe..
trimas ni dya..

alhamdulillah..
buli ni jua tabah2..
tapi klu teringat
mcm2 perasaan timbul.

dya adriza said...

kalau teringat, sedekah la ayat2 suci buat arwah. tu salah satu petanda kita still ingat and sayangkan dia =)

GematriA™ said...

Dya: hmm. selallu ni bah dya..

Mama JnJ said...

nice entri gema..langsung tidak membayangkan gambar di profilmu itu, ternyata engkau seorang yang penyayang dan setia...:-)


p/s kubalik kg ni..tulung jaga blog aku buleh?? segir2 sekali

GematriA™ said...

mama:uiks? hahahaha..darah penyayang dr daddyku mengalir dalam darah ni mengkali..


Translate