(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ FLASHBACK ] KENAPA SAIA SUKA FOTOGRAFI?



By  Sic Fallacy     12/22/2010 01:17:00 AM    Categories,,, 
Sepanjang penglibatan saia dalam dunia senifoto ini, pelbagai kenangan yang saia tempuhi. Ini termasuklah kejadian-kejadian aneh dan pelik.


Dan pada pertengahan tahun 2003 adalah tahun dimana banyak kejadian aneh berlaku pada saia dan beberapa teman sekelas ketika itu, kununnya mahu merakamkan beberapa foto kejadian paranormal. Waktu itu, kolej kami gempar dengan " histeria " yang membabitkan hampir separuh pelajar wanita. Kejadian ini memaksa pihak kolej memberhentikan sementara sessi pembelajaran dan hanya beberapa pelajar dan pengajar lelaki sahaja yang tinggal untuk membantu proses upacara " memagar " kawasan kolej setelah diusulkan oleh Ustaz Rahman, guru pengajian Islam kolej kami.

Pada malam pertama proses itu, ndada kejadian yang aneh berlaku, hanya sekadar kamera gagal berfungsi. Seperti "shutter" kamera saia terkunci, puas memerah kemahiran yang ada, namun semua hampa. Peliknya, sewaktu ingin membawa kamera ke pusat servis, kamera saia dapati elok seperti biasa.

Dan pada malam kedua pula, ketika berada dipuncak bukit berhampiran dorm wanita, kami terjumpa sebuah kuburan lama dan dipercayai milik penduduk asli kawasan itu. Saia cuba merakam sebanyak yang boleh gambar dikawasan itu dan setelah 2 gulung filem ( ehehehehe..time ini ndada dslr masi ) dihabiskan. Malang apabila semua gambar yang dihasilkan adalah " blur "

Malam ketiga proses itu, yang dikatakan ustaz Rahman sebagai malam kemuncak proses memagar kolej itu, memang benar-benar mencabar keberanian kami. Keadaan seperti sedang mengalami gempa bumi, kedengaran suara menjerit dan diselangi hilai tawa yang menggerunkan, kelihatan juga beberapa kali semacam cahaya putih melintasi di depan mata dan seterusnya menghilang. Sepantas kilat kami mencapai kamera dan cuba merakam apa yang berlaku.

Keesokannya, kami terkejut, takut, serta menggiggil sebaik melihat gambar-gambar yang dirakam malam itu. Mulanya kami kurang percaya dengan apa yang dilihat. Sehinggalah seorang rakan, melihat dengan menggunakan kanta.

" Cahaya putih semalam adalah bukan cahaya macam kita tengok malam tadi," katanya
" Gambar tu, macam...gambar mayat yang dikafankan! terapung!  " sambungnya lagi.

Kami terdiam ketakutan.

Lalu, kami bertemu dengan ustaz Rahman untuk bertanyakan tentang kejadian ini, ia hanya tersenyum dan berkata;
" Setiap kejadian yang Allah swt turunkan pada kita ini ada hikmahnya, dan kita dituntut untuk berfikir akan kebesaran-Nya.."


Beberapa kemudian kami aktif dalam mengkaji kes pelik dan aneh seperti ini, sehinggalah munculnya kumpulan penyiasat aktiviti paranormal entiti dan seekers yang kebanyakkannya adalah BOHONG
Dan, kumpulan kami pun terkubur begitu sahaja.






Nota kaki: Fen, Adi, Arm.. 
Bila maw bikin macam ni lagi?
Jangan lupa contact aku!





















HABIS.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

7 comments:

Anisa Hang Tuah said...

wooahh
sound good

mcam nak try jugak.

GematriA™ said...

Anisa: ehehehe.. try lah..
but most important is..
jaga mulut, jangan celupar or mencabar2..
and kalu boleh tu, jangan ada niat utk shoot gambar 'mereka2' itu ok..

n!da said...

whoaa.. nmpk menarik.
bile nk bwt lagi?
^^

GematriA™ said...

n!da: maw join?

dya adriza said...

gambar yg nmpk hantu bungkus tu, gambar kat ats ni ke? xd pun..

MISS WHATEVER said...

uiks..
siyes ke u penah alami kejadian camtu??
ya ALLAH....
Berani nyaaaaaaa...
Siyes, i tabik spring kat u..

GematriA™ said...

dya adriza; aiyak..bukan gambar tu.
nda buli publishlh..coz ndada scanner mw scan gambar tu..
nnt buli klu sa upload sini ok.


miss whatever: bah.. kami 4urang ni. klu 1urang, mst berlari pulang rumah terus mengkali. huhuhuhu


Translate