(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ KEMPEN ] MARI MENUTUP AURAT



By  Sic Fallacy     12/17/2010 11:38:00 AM    Categories,,, 
Ehem.. Ehem..
Assalamualaikum.
Kempen ini adalah sangat janggal untuk dibuat oleh lelaki seperti saia. Namun, saia tetap menyokong kempen ini,setelah di'tag oleh Ustazah Dya Adriza.




Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.

Sejujurnya, saia sangat menghormati mereka yang menutup aurat dengan sempurna kerana mereka sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Tapi, yang pastinya, menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Berani saia mengatakan, wanita Muslim di Malaysia sekarang ini sangat cetek pemikirannya.

 " Eh! ok lah ni aku bertudung! dari tak langsung! "
" Apa kau fikir yang bertudung tu dah baik sangat?! "

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
 Inilah sifat manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia membandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Ndada salahnya berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Suka saia nyatakan bahawa takut saia pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri kamu yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji), 
Surah Al-Ahzab: Ayat 33

Perkara yang paling mudah Allah SWT perintahkan kepada kaum Wanita Muslimah, tetapi sayangnya, macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah-Nya itu.
Jika dilihat, dari zaman nabi hinggalah ke zaman awal kemerdekaan Negara kita, perna kah ada kejadian-kejadian buang bayi, rogol, cabul, lari dari rumah, dan apa-apa yang berlaku di zaman sekarang? Ndada. Kerana, mereka mentaati perintah ibubapa, perintah Allah yang diajar oleh ibubapanya. Pergerakan mereka juga dikawal oleh keluarga.
Berlainan dengan sekarang. Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luar yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Sekarang ini, orang pakai tudung sempurna pun nda selamat, ini pula yang sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk " dibaham "

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Tahukah kamu, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Teda mangsa tag untuk entry kali ini.
Sila ambil dan join dengan rasa penuh keikhlasan
Hehehehe..







Nota: Maaf. 
Teda gambar saia bertudung untuk entry ini.
TAMAT

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

7 comments:

Anisa Hang Tuah said...

mari menutup aurat

GematriA™ said...

Anisa: hahahaha..bagus pun pasal comment.
Anisa, kamu di'tag untuk entry ini. ehehehehehe

dya adriza said...

alhamdulillah.. terima kasih ustaz =)

GematriA™ said...

dya: ustaz?
huhuhuhuhu..
adesss..
pening maw bikin ni tahu.

dya adriza said...

ahakz~ pening2 pun, ada isi. thumbs up!

zEri sAfEerA said...

mari2 :)

GematriA™ said...

dya: hahaha..trimas..



Zeri: yak..yak..yak..


Translate