(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH FOTOGRAFI GematriA™



By  Sic Fallacy     12/11/2010 01:19:00 AM    Categories,,, 
Muahahaha.. 
Hari ini terasa ingin menjadi cikgu, selepas ber'borak dengan sahabat baik menjelajah Sungai Babylon, Encik Rextonexphobia tentang basic dalam seni fotografi.

" Aku tahu kau sangat benci untuk membaca, tapi sekurang-kurang'nya nota ini dapat kau rujuk untuk masa hadapan! Jadi, sila tekan ctrl + D sekarang! "



Apa itu fotografi? 
Pada asalnya datang dari bahasa Inggeris, Photography, dimana ada 2 perkataan yang bergabung, iaitu Photo ( cahaya ) dang Graph ( lukisan/lukisan ). Fotografi juga bermaksud suatu proses yang menghasilkan imej dengan merakam pantulan cahaya yang dihasilkan objek. Dan alat untuk merakam cahaya adalah, KAMERA.

" Jika teda cahaya, maka teda imej dapat dihasilkan, faham! "

Seni foto memegang prinsip asasnya, iaitu memokuskan cahaya dengan bantuan pembias, hingga mampu membakar medium perakam cahaya. Medium yang terbakar dengan kemasukkan ukuran cahaya yang tepat, akan menghasilkan bayangan objek dengan cahaya medium pembias, yang dipanggil lensa.



Dirumuskan disini, fotografi adalah seni melukis dengan cahaya. 



Fotografi adalah menyeronokkan, dan untuk memiliki kemahiran dalam seni foto, sangat memerlukan minat dan skill.

Skil yang saia maksudkan adalah, kecepatan kita dalam mengenali karektor objek yang ingin dirakam, contohnya, objek pegun/diam atau objek bergerak. Yang pasti, untuk merakam kedua-dua objek ini sangat berbeza dan teda dinafikan, merakam objek bergerak sangat memerlukan skill yang tinggi.

Contoh, objek bergerak seperti sebuah kereta dalam perlumbaan. Di mana tempat yang sangat mudah untuk dirakam? Tentu seja di selekoh. Dengan logik akal, setiap kereta dalam perlumbaan, kelajuan kereta pasti berkurangan jika di selekoh. Berbeza dengan objek pegun, hanya diperlukan latarbelakang yang menarik dan setting untuk pencahayaan ( apperture )

Berikut adalah 4 prinsip asas seni foto yang kamu perlu tahu:


  1. Position
    Untuk menghasilkan gambar yang menarik, bermain dengan position/kedudukan sangat diperlukan. Kadangkala, untuk mereka yang baru belajar, objek foto selalu ditempatkan di tengah, padahal sebenarnya teda perlu begitu. Objek foto dapat diletakkan dan dibuat semenarik mungkin, asalkan padan dengan elemen sekitarnya.

  2. Depth of Field
    Menentukan ketajaman objek yang akan dirakamkan. Apakah objek tersebut dibuat fokus semuanya atau hanya objek utama saja yang difokuskan.

  3. Exposure
    Hasil foto sangat ditentukan oleh pencahayaan yang betul. Samada normal, over atau under.

  4. Focus
    Foto yang baik adalah foto yang fokus. Untuk mendapatkannya, kamu  harus rajin berlatih. Dan paling penting, kamu mengenali jenis kamera yang digunakan.



    Dan ini sedikit tips dalam proses penghasilan gambar yang menarik:
    1. Pilih sesuatu objek yang menarik untuk dirakam.
    2. Pastikan latarbelakang/background teda mengganggu objek yang ingin dirakam.
    3. Jika outdoor photoshoot, waktu yang sangat menarik untuk merakam gambar adalah pagi atau petang. Ini kerana cahaya matahari dapat mengenalpasti objek yang ingin dirakam.
    4. Pilih angle atau sudut yang menarik. Hey! jangan statik untuk merakam gambar tahu!
     


    Baiklah.
    Sekian untuk kali ini.




    Maaflah.. Entry sangat panjang.







    Selamat ber'fotografi!















    Kelas tamat!

    About Sic Fallacy

    Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

    3 comments:

    neyra shazeyra said...

    selamat pagi cikgu

    dya adriza said...

    cikgu, cuba letak 1 contoh gambar dari angel yg menarik. boleh?

    Anonymous said...

    terbaikkk bahhhh...


    Translate