(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

BILA SUDAH BERTUHANKAN NAFSU..



By  Sic Fallacy     1/12/2011 03:18:00 PM    Categories,,, 
Terkedu. Sedih.
Itulah perasaan yang dapat digambarkan bila membaca 2 berita dalam Kosmo! hari ini 
( January 12th 2011)



Dimanakah sifat kemanusiaan?
Kerana teda dapat membendung nafsu, seorang lelaki telah merogol seorang gadis anak yatim bawah umur yang dikenalinya 4 hari sebelum kejadian. Dan menurut laporan, mangsa, seorang anak yatim baru berusia 14tahun ketika kejadian. Mengapakah sanggup diperlakukan perkara sebegitu kepada si anak yatim yang teda berdosa menjadi mangsa rakus haiwan yang bertopengkan manusia. Hati sepa yang teda terguris pabila membaca berita-berita sadis sebegini. Hanya mereka yang teda berhati perut seja yang menganggap semuanya ini asam garam kehidupan.

 Dan lagi berita tentang manusia ber'tuhankan nafsu, kali ini, melibatkan seorang guru agama. Dimana guru tersebut didakwa kerana mengubati pesakit dengan rawatan yang pelik. Bukanlah rawatan dengan memuja atau menyeru jin, hantu, syaitan dan sebagainya, tetapi pesakit perlu mandi bersamanya.

Mengapa ini berlaku? Seorang guru, yang mengajar agama, biarpun hanya mengajar mengaji, namun hakikatnya dia tetap seorang guru. Dan inilah yang berlaku apabila seseorang menggunakan agama supaya diri mereka dilihat baik dan disanjung masyarakat. kerana masyarakat selalu menyanjung tinggi, dan menilai berdasarkan perlakuan luaran semata.

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk kepada tiga bahagian. Allah menciptakan Malaikat dan hanya diberi-Nya akal tanpa syahwat. Lalu Allah menjadikan binatang yang hanya berbekalkan syahwat tanpa diberi akal. Kemudian Allah jadikan manusia dengan diberikan kedua-duanya sekali iaitu akal dan syahwat. Bila seseorang manusia itu melakukan sesuatu mengikut nafsu syahwat semata-mata tanpa menggunakan akal maka layak dia diberi gelaran BINATANG. Malahan binatang itu sendiri menjadi makhluk yang lebih baik daripada dirinya.
Sebenarnya orang-orang yang melakukan segala kemungkaran dan kejahatan ini dikuasai oleh nafsu. Syaitan laknatullah telah berjaya menguasai jiwa dan diri mereka. Binatang Manusia seperti ini sebenarnya teda pernah mengenal Allah apatah lagi untuk mendekati Allah. Mereka rasa dapat hidup kekal selama-lamanya di atas dunia ini. Mereka terus melakukan dosa dan noda seolah-olah dalam kamus mereka tidak ada istilah kematian. 
 
Mereka-mereka ini melakukan segala perkara-perkara yang mungkar serta kejahatan yang melebihi sifat haiwan. Betul kata orang tua-tua; " Ikut hati, mati, Ikut rasa, binasa, Ikut nafsu, lesu..."


Dan, ingatlah pesan Lokman 'ul Hakim, seperti pesanan kepada puteranya;

“ Puteraku, yang pertama kali ingin aku peringatkan kepadamu untuk dijaga adalah nafsumu. Tiap, orang pasti mempunyai nafsu dan syahwat. Jika kamu menuruti keinginan nafsu maka dia akan terus menerus menuntutmu. Nafsu itu tersembunyi di dalam diri, sebagaimana tersembunyinya apai di dalam batu. Jika batu digesek-gesek maka ia akan memercikkan api. Namun jika batu itu dibiarkan, maka api itu tidak akan keluar.”






UPDATED: Brader Darkbatman pun entry serius ini.






See You In Hell!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

3 comments:

zEri sAfEerA said...

ya Allah, teruknya. mintak dijauhkan la

GematriA™ said...

zeri safeera: kukuhkan iman, insyaAllah..

neyra shazeyra said...

=)


Translate