(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

BILA TIBA TAHUN BARU..



By  Sic Fallacy     1/01/2011 02:35:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum..
Ndadapa yang maw diceritakan tapi hanya bila tiba Januray 1st tiap tahun, ini pasti akan mengingatkan kisah seram ketika saia bersama rakan sebilik ketika di college.

Ketika itu, pihak college mengumumkan program rekreasi, pelajar kelas kitauranglah paling seronok, tambahan pelajar lelaki, termasuk saia!
Jadi segala persiapan dijalankan.

Dan tibalah hari program itu.

Segalanya berjalan dengan lancar dan semua pelajar selamat tiba semula di college tepat jam 1845hrs.

 Kisah ini bermula pada jam lebihkurang 23:15hrs. Pusat kediaman lelaki gelap. Sunyi. Kerana kebanyakkan pelajar lelaki sudah pun terlena bahana kepenatan program tadi.

Saia yang tidur dikatil atas sebelah pintu, kurang lena kerana asyik terganggu dengan bunyi-bunyian yang aneh. Kemudian sayup-sayup kedengaran bunyi seseorang sedang berjalan di kaki lima dorm, dan berhenti betul-betul di depan pintu bilik AL205, bilik saia dan beberapa pelajar senior. Sebentar kemudian, pintu diketuk berulangkali, dan diakhiri satu sepakan yang keras hingga bergeggar pintu. Aneh. Teda sepa antara kamiurang yang terbangun. Berterusan pintu diketuk, disepak berulangkali. Diselangi dengan bunyian seperti sandal dan kasut yang tersusun di rak disepak-sepak dan dicampak ke pintu.

Kemudian saia terdengar percakapan seperti berbisik pelajar senior saia, yang tidur dikatil bawah, mengatakan

  " Ya Allah..dia datang lagi.. "

Serta merta bulu roma tegak berdiri, mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat yang diajar mummy bila berdepan dengan situasi sebegini sehinggalah entah bila saia terlena.

Saia terjaga tepat jam 05:00hrs dengan satu badan berpeluh seperti baru lepas berjogging dan mengharap apa yang berlaku itu hanya mimpi seja.

Paginya, terdengar seseorang berteriak;

" woi! sape sepahkan kasut-kasut ni?! "

Deymmm.. betulkah ini berlaku?

Terkedu. Diam.

Bertanyakan pada seorang lagi roomate tentang apa yang berlaku.

" Entah! "

Sejak itu, lebih banyak perkara seram, aneh berlaku.























HABIS

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate