(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

ADA APA DENGAN FEBRUARY 14th.



By  Sic Fallacy     2/11/2011 08:20:00 PM    Categories,, 

Assalamualaikum.

Kamurang tentu tahu dengan tarikh itu bukan? Tambahan pula jika kamu seorang pencintasetia. Siap catat dalam diari pada tarikh tersebut.

Tapi.
Tahukah kamurang, amalan menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day pada February 14th setiap tahun adalah sangat bercanggah dengan syarak?

Amalan menyambut hari tersebut didapati mempunyai unsur-unsur keparcayaan agama Kristian dan sangat menjuruskan kepada keruntuhan akhlak para remaja, khususnya yang beragama Islam. Kerana, sambutan yang mengarut ini hanyalah diraikan dengan unsur-unsur kemaksiatan, berdua-duaan, berpeleseran hingga kedini hari, dan lebih parah adalah si gadis chantek sanggup menyerahkan kehormatandiri kepada si jejaka jongang sebagai tanda kasih dan sayangnya.


Ada Apa Dengan February 14th?
Menurut sejarah, tarikh tersebut adalah hari memperingati kematian tragis St. Valentine yang dibunuh oleh King Claudius, Raja kerajaan Rom.

Dan dalam kepercayaan Kristian, St. Valentine adalah tokoh hebat dalam mempertahankan cinta sucinya dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasraham dalam menghadapi cubaan hidup bersama kekasih hati.

SEKARANG KAMURANG TAHU MENGAPA HARI KEKASIH ATAU VALENTINES DAY INI HARAM DIRAIKAN?

Apa yang pasti, pada malam dan hari tersebut banyaklah anak-anak muda harapan bangsa berjimba-jimba dengan kekasih hati masing-masing di dalam kelab malam atau di bilik hotel murah. Tradisi mengirim kad ucapan cinta siap dengan gambar pari-pari chomel yang bersayap, paling mudah kiriman SMS, luahan rasa sayang sebagai tanda kepercayaan terhadap " keajaiban " tarikh February 14th.

Persoalannya, dapatkah kita membendung amalan menyambut hari kekasih ini, sedangkan rata-rata ada pihak yang berebut menganjurkan party sempena sambutan tersebut, malah ada juga pihak yang menjual barangan cenderhati yang berkaitan dengan hari kekasih untuk menarik minat atau mempengaruhi pemikiran remaja untuk terjebak dengan sambutan karut ini.




Nota cinta: cintaku hadir setiap hari.
Huhuhu..















Selamat Hari Cinta
Published with Blogger-droid v1.6.7

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

14 comments:

cik panadol said...

Tak perlu tunggu 14 Feb utk tunjuk rasa cinta...
Setiap hari adalah Hari Kasih Sayang...

GematriA™ said...

Cik panadol: perghh..pan!lu ke yg type komen ni?hahaha..
Nice!wa sokong.
Thumbs up utk lu!

eRza farEeha said...

14 feb bfday kwn sy!!hoho...

hari2 adlah hari kasi syg!!

GematriA™ said...

Erza fareeha:ehehe..
Eh..jap.
Kenit,nant plg ni serdang.
TUnggu aa..

akU GaDis said...

setiap hari pon hari kasih syg pe? hehe =)

GematriA™ said...

Aku gadis: betul. Sangat setuju itu..

eRza farEeha said...

bile2??
ohoo..kenit sntiasa dserdang..ad ole2 x??

tengkorakemas said...

yg sambut hari kekasih tu..kesian..baru hari tu nak kenal kasih sayang kan?

org lain tiap hari berkasih syg sesama saudara, keluarga, ibu bapa..

yg kekasih tu..ish kesiannya..smbut hari kasih syg dgn kekasih je?nampak sgt lonely :P

neyra shazeyra said...

setiap hari adalah hari kekasih bagi saya dan dia *ayat poyo, sila muntah*

GematriA™ said...

Erza fareeha: ehehehe.. Adalah.

Tengkorakemas: bwahahahaha.. Itulh tu..kasian gilak.

Neyra: agagagagaga..muntah hijau.

eRza farEeha said...

yeyy!!!
xsabo ni..ehhe

neyra shazeyra said...

hahahahahhahah muntah pelangi

Finie Ramos said...

Sejarah sbnar Valentine ialah utk mperingati kematian paderi valentine yg telah d bunuh oleh Raja Rome kerana pada waktu tu perkahwinan adalah d larang sama sekali kerana wktu tu zaman perang besar2n..

jadi raja rome xmau para tentera2nya tganggu dgn merindui anak bini d rumah dn hny concentrate pd perang...

paderi valentine yg mbantah sekeras2nya dgn larangan itu telah menikahkn para pasangan d bandar itu secara rahsia kerana mpercayai bahwa melarang perkahwinan itu adalah satu perkara yg tidak patut n mganggap cinta adalah suci dn harus d satukn dgn cara yg sah; iaitu dgn perkahwinan yg sah (mcm dlm islam jg, agama kristian juga sbnarnya melarang zina)...

valentine telah berjaya mnikahkn ramai pasangan shingga la aktivitinya telah d ketahui oleh raja roman dn akhirnya paderi itu telah d hukum pancung krna mlanggar perintah raja..

paderi valentine mati kerana mpertahankn cinta manusia sejagat...

so??what do u think??kita d zaman skg ni yg mbuatkn valentine ini mjadi hari maksiat sedunia, kn..so..pikir2 la sndri~

GematriA™ said...

Finie ramos:trimas sis utk info.


Translate