(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

BILA " MALAYSIA FIRST LADY " BERKATA-KATA..



By  Sic Fallacy     3/17/2011 01:06:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Ini adalah lanjutan daripada entry INI, mengenai kebodohan kita sebagai rakyat yang teda sensitiviti terhadap bencana yang ditimpa Negara Matahari Terbit baru-baru ini.

Dan ini adalah statement Wanita Pertama Malaysia, dengan berani mengatakan;

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain. Ia akibat kelalaian pembangunan mesra alam. Mereka harus mengkaji dulu keadaan sekeliling dan mengaitkan climate change dan green technology. Termasuk juga negara kita" 

Hahaha..
SANGAT TERBAIK!
Benarkah seperti apa yang dikatakan?
Lihat video ini.

+ Powered by Youtube +

Baiklah, berbalik pada tajuk asal.
Mungkin hal ini telahpun sampai ke Jepun sudah. Dan atas keprihatinan, seorang Ahli Parlimen tampil dan meminta agar Wanita Pertama Malaysia memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Jepun.
Dan saia, sebagai rakyat Malaysia, menyokong tindakan itu dilakukan secepat mungkin, kerana ini sangat memalukan.

Tedakah beliau sedar, statement tersebut telahpun menjadi berita mukadepan CNN. Dan ini mungkin akan merosakkan hubungan diplomatik antara dua negara. Malah statement tersebut juga menjadi perdebatan didalam facebook dan twitter, yang mengatakan beliau teda kesensitivitian terhadap rakyat dan negara Jepun, dan mengakibatkan rakyat Malaysia ditertawa dan dicemuh.
Ingatkah beliau ketika kita dilanda bencana yang sama pada tahun 2004, Jepun adalah negara terawal menghantar bantuan.
Lagipula, apa yang berlaku, adalah atas kuasa Yang Maha Besar.
Jika dilihat, mereka sepatutnya dipuji kerana sabar dan tenang dalam menghadapi masalah tersebut.

Mungkin benar kata Ahli Parlimen tersebut;
" Setiap kali dia buka mulut, menjadi masalah kepada kerajaan "





Nota kaki: Maaf.
Entry ini seperti lari sedikit dari isi kandungan belog seperti kebiasaannya.
















SAIA SAYANG MALAYSIA!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

No comments:


Translate