(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

BUNUH DIRI SEBAB PUTUS CINTA?



By  Sic Fallacy     3/25/2011 10:39:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Entry rentetan dari SINI.
Dan ini hanyalah pendapat saia tentang apa yang berlaku.
Dia nekad bunuh diri kerana putus cinta?
Logikkah akal ni hingga sanggup bunuh diri kerana putus cinta?
Andailah kata kamurang putus cinta, cari seja yang lain berlambak yang single masih!
Belum kira yang duda, atau lelaki kaya yang ingin mencukupkan kuota!

Baiklah, serious balik..
Kes bunuh diri ni, kononnya berpunca dari kurangnya tahap didikan dan BERATNYA BEBAN yang ditanggung oleh sipelaku.

Jika disentuh dari aspek agama, Islam melarang keras umatnya melakukan perkara sebegini kerana ianya tergolong dalam dosa-dosa besar. Ini kerana, manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

Merka yang membunuh diri ini, adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Lagi parah daripada itu, perbuatan tersebut menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah S.W.T sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” - Hadith Riwayat Abu Hurairah



Updated terkini mengenai gadis yang ingin membunuh diri di tingkat 3 Kompleks KB Mall, Kota Bharu - dilaporkan kononnya gadis tersebut telah MENINGGAL DUNIA kerana kecederaan dalaman, dan yang paling mengejutkan adalah, si gadis tersebut didapati HAMIL dan janin dalam kandungannya juga turut meninggal dunia.



Nota kaki: Teda kepastian tentang apa yang berlaku kepada gadis tersebut ketika entry ini ditulis.





















SUICIDE.NOTE

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

neyra shazeyra said...

dah lah ganas . pisau rambo segala

siti nur kaxzmilah said...

adehhh! da tgk vid nya~ ingtkn dis gurl slamat~ hurmmmm~ ngeri tau gema tgk dia jatuh~ nauzubillahminzalik~

GematriA™ said...

neyra: enth sepalh punya pisau tu.



kax: huhuhu.. tp blm taw beita tu, salamt ka atsu passed away itu urang sudah..

neyra shazeyra said...

dah la before suicide, dia merayau2 kat tngkat atas skali sambil bawak pisau, nak kelar2 leher ngan tangan . saiko

uLan said...

dia tidak normal sudah tu.. masalah besar dia mungkin kerana dia pregnant... langkah kurang bijak... heee


Translate