(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

KISAH SERAM DI JALAN ITU..



By  Sic Fallacy     3/20/2011 07:18:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Entry ni sekadar berkongsi pengalaman ketika saia masih lagi bergelar jurugambar pelatih untuk sebuah syarikat media. 



Ketika itu, saia sering menumpangkan seorang kawan yang tinggal di pekan Rawang, berdekatan dengan stesen KTM Komuter Rawang. Dan untuk ke rumah kawan tersebut, saia terpaksa melalui sebatang jalan yang menurut kawan kerap berlaku kemalangan. Kawan juga selalu menasihatkan untuk saia jangan melalui jalan tu, kerana jalan tersebut menurutnya merupakan tempat pelbagai jenis hantu berkeliaran, dan sering memunculkan diri, akhirnya mengakibatkan kemalangan.

Saia tersenyum ja dan bilang padanya, ayah selalu ja berpesan, mereka akan ganggu kita, kalau kita ganggu mereka dan itu menjadi perangai saia bukan jenis untuk menegur sesuatu, malah orang sekeliling juga nda perna saia tegur.

Kisah bermula pada satu malam, masa tu lebih kurang jam 01.00am mungkin, selepas drop off kawan tu, saia semacam biasa terus pulang untuk ke jalan besar dan melalui jalan tersebut. Tapi time tu terasa lain ja, terasa semacam ja, tapi kuatkan semangat dan memainkan muzik sekuat mungkin.

Masuk ja jalan tu, mata saia terpandang semacam ada ja seorang wanita bersama seorang budak kecil dalam dukungannya. Mereka semacam sedang menunggu seseorang untuk dijemput, tapi kasiankan anak kecil tu membuatkan saia ingin memberhentikan kenderaan tapi ketika memandang wanita tersebut, membuatkan saia kecut perut. Muka wanita tu, pucat dan hanya memandang saia dengan renungan yang tajam dan melemparkan senyuman yang menyeramkan, membuatkan saia memecut laju . Sedang berusaha memecut laju, tiba-tiba ada seperti anak kecil melintas dihadapan membuatkan saia brek mengejut.

Memelikkan bila anak kecil tu seperti seronok melihat saia dalam keadaan terkejut, terus menerus melintas didepan kenderaan saia yang tiba-tiba terpadam enjinnya. Dengan sikit bacaan ayat Al-Quran yang saia hafal sambil tangan berusaha menghidupkan enjin, mata tiba-tiba terpandang wanita yang tadi berada betul-betul diseberang jalan sana sambil mendukung anak kecil tadi yang membuatkan saia berhenti secara mengejut.

Dan terus kelihatan semacam mereka semakin menghampiri saia yang tengah menggelabah hidupkan enjin.  Ketika enjin berjaya dihidupkan, wanita tadi tiba-tiba berada disebelah dan menekapkan wajahnya ke cermin, membuatkan saia longlai dan dengan sedikit tenaga yang masih tersimpan, saia gagahkan diri untuk memecut selaju mungkin.

Kejadian semakin pelik, masa saia sampai ditaman kawasan perumahan, kelihatan tubuh wanita dan anak kecil tadi berada betul-betul di hujung jalan taman. Saia panik. Dengan nekad saia memasuki perkarangan rumah dan meninggalkan kenderaan yang hidup enjinnya lagi masih.

Subuh itu, ayah yang bersiap untuk keluar bekerja terkejut melihat saia ditemui terbaring dihadapan pintu.
Saia yang ketika tu seperti ndada berdaya, dipapah ayah ke bilik. Saia terlantar 3 hari akibat demam terkejut.
Tapi, ia belum berakhir, selama beberapa malam, rumah diganggu dengan macam-macam bunyian, emak sering terlihat bayangan lalu lalang di halaman rumah, ayah sering terjaga malam akibat gangguan, malah saia juga sering mengalami kejadian yang menakutkan.

Alhamdulillah. Ianya hanya sementara. Sehingga sekarang, teda lagi gangguan begitu.
Apa yang berlaku, saia ceritakan pada kawan dan bekali-kali dia mengucapkan syukur kerana selepas hampir seminggu kejadian itu dialami saia, sebuah keluarga pula menjadi mangsa dan diakhiri kematian, ditempat saia diganggu dan cara yang sama, seperti yang diceritakan oleh si anak yang terselamat.



Nota: Sorry aa.. entry ni panjang.



















G.HOST

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

neyra shazeyra said...

malas baca HAHAHAHHA nnt takut :((


Translate