(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

INI ENTRY LUAHAN PERASAAN



By  Sic Fallacy     4/11/2011 03:28:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.


Blog. Bagi saia sebagai tempat berkongsi pengalaman, penceritaan mungkin sebagai tempat mempromosi perkhidmatan dan sebagainya.Tapi, sejak akhir-akhir ni, kebanyakan belog yang saia jumpa ketika ber'blogwalking, hampir majoriti belog mempromosikan couple sendiri, samada boyfriend atau girlfriend empunya belog. Jangan kiralah blogger itu lelaki atau perempuan. Saia rasa sama jak itu semua.

Apakah motif sebenarnya menceritakan tentang ke'best'an couple kamurang? Mungkin motif kamurang untuk mewujudkan suasana "romantika" dalam belog kamurang. Agak-agaklah, adakah orang maw membaca tentang "romantika" yang kamurang sedang bawakan itu?

Pernahkah juga kamurang terfikir, andaikata kamurang terputus hubungan dengan couple kamurang itu? dan baca semula semua entry "romantika" kamurang dengan couple kamurang itu semula! Rasa macam maw 
deleted ja belog tu bukan?

Kalu ber'couple atau tiada, saia rasa teda perlulah maw tulis-tulis dalam belog bercerita segala bagai. Cukup kita dan pasangan ja tahu kenangan itu sendiri. Lebih parah siap upload gambar kamurang dengan pasangan bergambar mesra. Tedakah kamurang sedar, ianya secara teda langsung mengaibkan kamurang serta pasangan. Lagi-lagi kalau bergambar secara rapat, berpegangan tangan atau berpelukan. Kalau sudah bergelar suami-isteri tu, lain lah hala ceritanya.

Kenapa saia bilang begitu? 
Islam melarang SEKERAS-KERASNYA perbuatan tersebut, lebih lagi kepada yang bukan muhrim! 
Itulah sebenarnya yang mengaibkan.

Belum lagilah yang selalu buat entry ayat-ayat jiwang besi karat untuk pasangan. Sudah tu, berjela panjangnya pula. Ini juga serious shit membuatkan saia mual. Come onlah, maw jiwang, kirimlah SMS,paling baik hati, call jak terus.Ungkapkanlah seja ayat-ayat yang dikarangkan itu. Lagi bagus kalau tuliskan diatas sekeping kertas berbau wangi, kemudian kirimkan kepada pasangan kamurang. Ini cara paling "ol'skool" tapi ia sangat romantik dan efektif okay!

Apa lagi eh?
Haa.. Ada juga belog yang banyak entrynya berbaur " emo ". Habis semua orang dimarahi, dimaki, dicarutnya. Semua orang dia bilang salah. Macam dia jak satu orang yang betul. Saia faham kamurang mungkin marah dengan apa yang berlaku  ketika itu. Tapi, kalau boleh, tapis-tapislah sedikit. Gaya penulisan mencerminkan keperibadian diri tauk!

Oh! ada lagi.. 
Kepada kamurang yang menjadikan belog sebagai diari, sila janganlah cerita segalanya dalam belog. Apa jak yang kamurang buat, pakai, makan atau sebagainya. Tiakan lah pakai pakaian dalam berwarna pink mo kastaw dalam belog juga?! Itu privasi.


Nota kaki: Maaf jika entry ini membuatkan sesetengah rakan blogger terasa hati. 
Ini cumalah apa yang saia lihat didalam dunia blogging.

Nota kaki lagi: sebarang teguran mengenai entry ini, saia akan terima secara terbuka,
itupun kalau lah ada yang sudi membaca.

Nota kaki sebelah lagi: sila elakkan comment begini;
" Alaaa..itu belog kitaurang, ko apa peduli! "

Ya. Saia tahu itu belog kamu! Ini hanya pendapat saia..
Okay!
















I'M SORRY.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

7 comments:

JalelBenAman™ said...

hahaha...btul2....hehehe..

eRza farEeha said...

setuju ng gema..hihi...erza xmcm tu kn..hihi

neyra shazeyra said...

SETUJU! ada blogger sorg ni hari2 update menu dia makan setiap hari. perlu kerrrr??? pffttt... menu ulang2 lak tu. wtf.


couple? HAHAHAH tu pn satu isu, naseb xbuat

tengkorakemas said...

salah ke TE buat pasal cinta..











TE cinta Manchester United xD

GematriA™ said...

JalelBenAman, eRza farEeha, Neyra Shazeyra: Trimas pasal setuju!


TengkorakEmas: Hahahaha..
TE dikecualikan psal

* GematriA CINTA Manchester United juga! *

dya adriza said...

"Gaya penulisan mencerminkan keperibadian diri tauk!"

penulisan kamu menjawab segala persoalan saya tentang kamu. sekian terima kasih.

Mama JnJ said...

terima kasih..rasanya terjawab persoalan beberapa hari ini...


Translate