(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH FOTOGRAFI GematriA™ (siri 2 )



By  Sic Fallacy     4/02/2011 01:58:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Ini adalah entry sebelum tidur.
Tadi, saia ada menerima 1 soalan daripada seorang rakan fotografi yang baru menceburi bidang seni foto ini. Dan dia meminta beberapa tips untuk beliau gunakan memantapkan lagi ilmu pengetahuannya dalam bidang sini fotografi.

Oh! sebelum terlupa, saia sangat kurang mahir untuk mengajar dalam keadaan formal, jadi, jika ada kepelikkan dalam ayat, sila faham sendiri. Ehehehe.
Baiklah.

Mari kita mulakan kelas siri ke 2, dengan tajuk
20 TIPS MUDAH DALAM FOTOGRAFI.

1. Bawalah kamera kamurang kemana seja. Ini adalah cara terpantas dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran fotografi kamurang.

2. Untuk seni foto hitam-putih, perhatikan contrast dalam foto tersebut. 
Semakin banyak contrast ( kawasan gelap dan terang yang pelbagai ), semakin bagus foto itu.

3. Jika foto berwarna kamurang kelihatan " sibuk " dan berserabut, saia syorkan ubah foto berwarna kamurang ke foto hitam-putih.

4. Gunakan setting ISO ( ASA - dalam kamus foto filem ) serendah yang mungkin. Ini kerana, walaupun 'noise reduction' boleh mengurangkan 'noise' yang dihasilkan oleh ISO tinggi, tapi ianya akan mengurangkan details pada gambar secara keseluruhannya.

5. Kalau kamurang membeli lensa atau apa ja peralatan kamera, pastikan disana ada seseorang yang mahir tentang barangan tersebut. Dan kamurang perlu menguji barang tersebut, memegang serta mencubanya.

6. Untuk teknik foto HDR ( High Dynamic Range ),gunakan mode 'auto bracket'  dan untuk menghasilakn foto HDR secara landscape yang menarik, waktu mendung adalah waktu yang ideal untuk dipotretkan.

7. Ketika merakam gambar, lihat kawasan yang masuk ke viewfinder kamera kamurang. Jika ada kawasan yang terlalu terang,pilihlah spot yang lain.

8. Kalau kamurang gemar merakam foto secara 'landscape', waktu-waktu ini adalah yang sangat sesuai;
i) 0500am - 0800am
ii) 0400pm - 0700pm.

9. Kalu kamurang suka melakukan editing pada gambar, ( photoshop, lightroom, ACDSee etc. ), gunakan format .RAW untuk merakamkan gambar. Sangat teda berbaloi jika dengan format .JPEG / .JPG

10. Elakkan dari melakukan proses format memory card / flash card kamurang melalui komputer. Cukuplah sekadar melalui kamera kamurang, lebih senang dan mudah.

11. Sebelum bermula kerja-kerja merakam gambar, periksa kembali setting kamera kamurang, jangan sampai kamurang gunakan setting yang salah ( contoh: teknik foto landscape dengan ISO 1000 ).
 Cara yang disyorkan oleh pakar fotografi, susunan pemeriksaan yang teratur adalah seperti berikut;
i) Pemeriksaan dengan White Balance.
ii) Aktifkan ciri-ciri Highlight Warning.
iii) ISO
iv) Pastikan resolution saiz gambar kamurang

12. Muat turun buku manual dalam versi format .pdf  untuk kamera kamurang. Kerana kadangkala, buku manual yang sediaada sangat berlainan dengan cara pengambaran sebenar.

13. Untuk teknik pengambaran 'siluet', off-kan flash dan gunakan sunset mode ( untuk compact camera ) dan untuk SLR / DSLR pula, gunakan mode manual dan ukur exposure dikawasan terang ( belakang objek yang ingin dirakam )

14. Jika ingin merakam objek di tempat yang mempunyai pencahayaan terhad dan mengalamai kesusahan untuk menggunakan autofocus, gantikan dengan manual focus. Biasanya, menggunakan autofocus ditempat yang kurang cahaya, akan mengakibatkan kamera menjadi lambat untuk mendapatkan 'sharpness' sesebuah objek atau kawasan yang berada didalam viewfinder.

15. Untuk teknik pengambaran 'outdoor potrait' pula, waktu pengambaran yang ideal adalah ketika cuaca mendung. Jika cuaca panas dan terang, ubah spot pengambaran kamurang ke kawasan yang kurang kecerahannya ( redup ) dan tiada terkena pancaran sinar matahari. Ini kerana sinar matahari akan menghasilkan bayang-bayang yang 'tajam' pada wajah.

16. Megapiksel bukanlah ciri-ciri terpenting bagi sesebuh kamera. ( Penting: Ukuran sensor adalah ciri terpenting yang sepatutnya dipandang berat dari sesebuah kamera )

17.  Untuk merakam foto bayi / kanak-kanak, bahagian terpenting adalah mata mereka. Focuskan ke arah mata mereka, kerana tiada apa-apa yang boleh mengalahkan keindahan mata anak kecil.

18. Filter CPL ( Polaris ) sangat berguna untuk menghilangkan pantulan sinar matahari di air dan kaca serta berfungsi untuk memperbaiki warna langit.

19. Untuk teknik pengambaran 'micro' ( jarak-super-dekat ), aktifkan ciri-ciri 'Live View' kamera ( untuk DSLR ) kamurang untuk mendapatkan 'depth of field' dan 'sharpness' dengan mudah.

20. Untuk teknik pengambaran 'panning', rakamlah objek-objek yang bergerak engan kecepatan normal ( contoh: orang sedang menunggang motorsikal ). Gunakan mode 'shutter priority' dan set'kan shutter speed kepada maksimum ( 1/30saat - lebih lmbat, adalah terbaik )

Diharapkan, 20 TIP MUDAH DALAM FOTOGRAFI dapat menambah sedikit sebanyak info untuk memudahkan kamurang dalam pengendalian kamera. Saia yakin, beberapa dari kamurang telah berjaya melakukannya sudah dan semoga beberapa lainnya merupakan info terbaru.














KELAS.TAMAT!

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

10 comments:

tengkorakemas said...

bro, no 9, kenapa?

no 19, untuk kamera biasa mcm mana?

GematriA™ said...

tengkorakemas: no. 9? ok.. RAW adalah salah satu dpd format imej yg boleh rakamkan dari dslr. Berbeza dgn JPG, sesuatu imej itu teda dimampatkan. Oleh itu, 100% maklumat yg dirakam dari sensor DSLR terdapat di dalam RAW. Senang cerita, RAW merakamkan apa yg mampu dilihat oleh mata kasar dan lebih dpd itu.

Walaupun dari segi kualiti gambar memang mustahil utk melihat perbezaan di antara imej RAW dan JPG, bagaimanapun pemampatan oleh JPG mengorbankan terlalu byk maklumat digital dari sesuatu foto sehingga menyebabkan pasca-edit imej yg berkualiti mustahil utk dicapai kerana byk maklumat telah hilang.


no. 19 tu.. klu guna selain DSLR?
Compact camera atau SLR?

GematriA™ said...

tengkorakemas: bro, no.19 tu, klu guna Single Lens Reflex ( SLR ) kena ada lens micro.

Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto; 55mm, 105mm, 200mm.

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

Sudut pandangan micro lens;
Focus pada objek.

cik panadol said...

gem....mau amik kelas foto sama kamu la....boleh tak?

Mama JnJ said...

wah..wah..bagus ini info sigu...kira2 jua saia mo beli kamera mahal2 ni, bulilah beguru ni kan..


lambat lagi..mo kerja dulu baru dpt beli...pakai duit sendri lagi bagus huhuh

neyra shazeyra said...

bosannya entry ni. zzzzzz


HAHHAAHHA!

GematriA™ said...

Cik panadol: ehehehe..buli ja bah pan..
free lagi tauk!


MamaJnJ: bah. simpan itu gajinya nnt, buli bli kamera jua. Nnt ku pulang nnt, kita p sana ambil gambar sama2 ni.



Neyra: Huh. budak gumuk ni p sana main jauh2.. syuhh.. syuh..
Bwahahaha

Mama JnJ said...

bilalah kunu ko terpulang sini tu? hehhee..bah..jan lupa ole-ole untuk baby baru ni, WAJIB!

GematriA™ said...

Mama JnJ: ahahaha..
Nntlah, pulanglah diri ini.
Jauh mo p airport adalah alasan sa teda pulang ni.
Alangkah siuknya bila belon didepan pintu rumah..

neyra shazeyra said...

bosan bosan. apa ni apa ni. zzzzz


Translate