(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH FOTOGRAFI GematriA™ ( siri 4 )



By  Sic Fallacy     4/16/2011 12:14:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Segmen " Selamat Datang Ke Sekolah Fotografi " diteruskan dengan siri 4, setelah ada soalan dari seorang rakan blogger lain mengenai " Format .RAW dan .JPEG ". Mungkin ada yang nda faham dengan membaca serba ringkas tentang ini didalam ruangan comment kelas siri 2, dan diharapkan dalam kelas kali ini dapatlah sedikit pemahaman dan pengetahuan mengenai perbezaan jenis file dalam format .RAW dan .JPEG.


Baiklah.


Mula kelas.



File dalam format .RAW, adalah file hasil rakaman yang mempunyai details foto yang sangat maksimum, malah lebih jauh besar saiznya berbanding foramt .JPEG. Ini kerana, file dalam format .RAW adalah file yang mana belum diproses dan di'compress.

 * .raw *

File berformat .RAW ini membenarkan kamurang untuk proses editing, dimana software seperti Adobe Photoshop, Lightroom, ACDSee atau pelbagai lagi jenis software editing boleh digunakan. ( Contoh keadaan; hasil gambar sessi studio, dimana terdapat kesalahan pada setting lighting dan menyebabkan hasil gambar tersebut gelap serta gelap dan mengurangkan sharpness pada gambar ). Format .RAW membolehkan kamurang meng'edit contrast, sharpness, exposure dan warna sehingga hasil foto tersebut menjadi optimal tanpa mengurangkan sebarang details pada foto tersebut.

* jpeg *

File format .JPEG pula adalah hasil gambar yang dirakam dan hanya memerlukan ruangan saiz yang lebih kecil berbanding .RAW tadi, kerana ia telahpun diproses dan di'compress secara automatik oleh kamera dengan membuat beberapa tetapan ( setting ) seperti picture control ( sharpness, warna etc. ) sebelum memulakan sessi penggambaran

File berformat .JPEG juga sangat sesuai untuk kamurang yang baru berjinak-jinak dalam senifoto. Kerana, untuk mendapatkan hasil foto yang menarik dan optimal, diperlukan sedikit tenaga ekstra dan kesabaran ( seperti contoh; menunggu saat-saat yang menarik untuk merakam gambar. Ini berkaitan kepada outdoor photoshoot ). Jika menggunakan .RAW, yang membolehkan kamurang meng'edit beberapa banyak kesalahan dalam sesuatu foto tadi, memungkinkan kamurang menjadi seorang yang pemalas dan mungkin akan melakukan kerja secara lewa kerana sentiasa mengharapkan bantuan editan melalui komputer.

Walaubagaimanapun, diingatkan, file .JPEG adalah sukar untuk di'edit, kerana sebarang editan dalam suatu foto tersebut akan menjejaskan kualiti foto itu sendiri.  Dan jika kamurang ingin menjadi seorang jurugambar yang handal dan profesional, haruslah belajar menggunakan format .JPEG, elakkan dari penggunaan software pengeditan. Belajar menggunakan semua setting yang terdapat didalam kamera kamurang, kerana;
" belajar dari kesalahan " adalah teknik pembelajaran yang sangat berkesan untuk berjaya.
  
Diingatkan, beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum sessi penggambaran dengan menggunakan file format .JPEG 
  1. Exposure yang tepat ( terang / gelap )
  2. White balance yang tepat
  3. Picture control ( sharpness, etc. )
  4. Noise Reduction
  5. Dynamic Range Optimizer ( D-Lighting, etc )


Kelas tamat.
Nantikan segmen siri 5, untuk mengenali apakah ISO / ASA.




















SEKIAN.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

1 comment:

neyra shazeyra said...

YA ALLAH! kelas lagi. zzzzz *menguap


Translate