(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

[ BREAKING NEWS ] OSAMA BIN LADEN IS DEAD?



By  Sic Fallacy     5/03/2011 12:47:00 AM    Categories,,,, 
Assalamualaikum.
Fuh.. Tergamam sekejap bila terbaca belog budak gumuk ni; belog gumuk, tentang berita kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden ,54, yang ditembak mati setelah tempat persembunyiannya ditemui di Abbottabad, Pakistan oleh pasukan elite Angkatan Laut AS, Navy SEAL, dalam sebuah operasi rahsia yang dirancangkan AS sejak sekian lama pada 1 Mei 2011 ( semalam )
Perkara ini juga telah disahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di majlis sidang akhbar di White House.

+ Powered by Youtube +

Berita tentang kematian Osama Bin Laden sangat membuatkan rakyat Amerika bersorak-sorai kununnya individu yang bertanggungjawab diatas tragedi 9/11 telahpun menerima balasannya sudah. Dan yang menariknya, nilai matawang A.S juga dilaporkan melambung tinggi sejurus selepas pengumuman tentang kematian Osama Bin Laden  dibuat.

Gambar wajah " terakhir " Osama Bin Laden yang disiarkan di televisyen Pakistan juga seperti telah " dipermainkan " oleh syarikat media Amerika dan dipertontonan kepada seluruh dunia, menguatkan lagi andaian bahawa ini adalah PENIPUAN dan propaganda yang sengaja dilakukan Amerika Syarikat?

* kelik gambar untuk penglihatan yang jelas *

Setelah dilihat pada gambar diatas,
Apa yang sedang kamurang fikirkan?



 UPDATED:  
Susulan Kematian Osama Bin Laden.

 Seorang anggota Al Qaeda di Semenanjung Arab yang merupakan jaringan Osama bin Laden di Yaman, mengakui bahwa Osama telah tewas. Dia menganggap hal itu sebagai malapetaka.
 
"Berita ini adalah bencana bagi kami. Pada awalnya kami tidak percaya, tapi kami berhubungan dengan saudara-saudara kami di Pakistan yang telah mengkonfirmasinya," kata seorang anggota Al Qaeda pada AFP, Isnin (2/5/2011).

Washington DC - Di mana jasad Osama bin Laden yang tewas dalam operasi gabungan yang dipimpin Amerika Syarikat? Belum ada pejabat AS yang buka mulut. Ada khabar jasad Osama, yang tadinya akan dikuburkan secara Islam, dihanyutkan di laut.

Informasi ini tampil di New York Times pada Isnin (2/5/2011), disebutkan pejabat AS yang tidak disebutkan namanya mengatakan Osama melawan dan ditembak di kepala. Osama lantas dikuburkan di laut.

Informasi serupa juga ada di NDTV.com. Dalam laman  itu disebutkan pejabat administrasi senior AS mengatakan jasad Osama akan dikuburkan dengan cara Islam, yang mengharuskan jasad dikubur dalam tepoh 24 jam. Namun diingatkant tiada negara yang menerima jasad Osama yang paling diinginkan di dunia ini, maka 'AS memutuskan untuk menguburkannya di laut'.

Pejabat yang enggan disebutkan namanya kerana masalah keamanan itu tidak mengatakan di laut mana tempat jasad Osama dikuburkan.

Syarikat TV kabel AS, seperti CNN, MSNBC mengatakan pejabat senior AS telah mengesahkan bahawa jasad Osama telah dikubur di laut. Pejabat itu tidak memberikan keterangan lebih lanjut.

Belum ada jawapan rasmi dari pemerintah AS ketika informasi itu dikonfirmasi AFP.

Di tanah kelahiran Osama di Yaman, cabang Al Qaeda di Saudi dan Yaman pada Januari 2009 mengumumkan bahawa mereka telah menggabungkan diri untuk membentuk Al Qaeda yang beribu pejabat di Semenanjung Arab, juga dikenal sebagai AQAP.













D.E.A.D

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

5 comments:

Mama JnJ said...

tipuu jak obama nehh...

GematriA™ said...

Mama JnJ: bha.. nda taw ni jua mama sa. Ada bilang itu betul Osama ditembak. Ada bilang ini semua tipu jua.
Entahlah~
macam2 sekarang ni..

neyra shazeyra said...

GUMUK? grrrr....

btw, mati atau tidak.... pejuang2 Islam akan lebih ramai selepas ini. dunia tetap tidak akan aman.

GematriA™ said...

Neyra: Bwahahaha..


ehem,ehem..
Agree.
+666

neyra shazeyra said...

BALAS DENDAM LA NI EH? GUMUK2


Translate