(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

LELAKI SIMBAH ASID BERLEGAR DI KUALA LUMPUR ( Khidmat Masyarakat Belog GematriA™ )



By  Sic Fallacy     5/12/2011 12:43:00 AM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Entry khas Pesanan Khidmat Masyarakat ini ditujukan khas buat para wanita yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Dimana sekarang ni kecoh mengenai kes lelaki misteri menaiki motorsikal menyimbah asid kearah mangsa yang majoritinya wanita yang berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen transit rel serta laluan sekitar sekolah, sekitar Dang Wangi dan Sentul.

Menurut polis, suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.



Sehingga entry ini ditulis, motif sebenar perbuatan ini belum diketahui masih.
Apapun, diharap para wanita di sana, agar lebih berhati-hati sewaktu berada diluar.
Lebih-lebih lagi, pada mereka yang selalu berjalan berseorangan dikawasan yang kurang tumpuan orang ramai. Orang ramai juga diseru untuk membantu pihak berkuasa agar lelaki ini segera diberkas, sebelum ada lagi yang akan menjadi mangsa hobi gila tersebut. Ahli keluarga kita mungkin? Sepa tahu!













SEKIAN.

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

8 comments:

Mama JnJ said...

bahaya...

neyra shazeyra said...

benda ni lah yg buat takut mau pergi Kl ari ni :( last week kat perak pn ada kes ni. aihhh....

echaRierie said...

yo !
bikin takut..

MISS WHATEVER said...

sakit jiwa agaknya! sengal tak tentu pasal

LiFe KaMi said...

semoga orang giler ni dapat ditangkap dgn segera.. rasa mcm nak belasah jer..

GematriA™ said...

Mama JnJ: bha..
bahaya gila ni.
selalu ja pesan ma aaik ma kaka sa.

GematriA™ said...

Miss Whatever: Betul. Sengal gilak. tiataw apa yg ada dlm otak dia tuh.
haish~

GematriA™ said...

LiFe KaMi: Hahaha..
jan belasah. kita simbah balik asid pada dia beramai2.
puas hati.


Translate