(sic)fallacy

2: The [sic]ness Continues
Follow Me

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH [ 16.06.2011 ]



By  Sic Fallacy     6/15/2011 11:59:00 PM    Categories,,, 
Assalamualaikum.
Tadi siang ada terima SMS dari budak gumuk ni bilang, ada fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku ini malam. Jadi, saia mencuri sedikit masa untuk menulis dan berkongsi mengenai kejadian alam ini yang menurut kata ahli Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, dijangkakan pada tahun ini [ 2011 ] akan berlaku dua kali fenomena gerhana bulan penuh ini. Dan fenomena ini seterusnya akan berlaku pada bulan December.

Pada malam hari June 16th 2011, sebahagian penduduk bumi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh. Seluruh penduduk Malaysia dapat menyaksikan satu fenomena gerhana bulan yang mana ia dikatakan akan mengalami gerhana bulan penuh selama 100minute. Gerhana bulan ini yang akan bermula pada pukul 01:25am akan berakhir kira-kira pukul 07:01am.


Fenomena gerhana bulan penuh ini akan melalui beberapa fasa ketika gerhana tersebut boleh dilihat di beberapa lokasi di Malaysia. Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan memasuki bayang bumi dan menghilang.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh June 16th 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 01:25am seterusnya bayang umbra pada jam 02:23am. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit. 

Selain gerhana bulan penuh pada June 16th 2011, terdapat juga gerhana bulan separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan sahaja yang masuk ke dalam bayang  umbra  bumi  dan  sebahagian  lagi  berada  dalam bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku.

Manakala gerhana bulan penumbra (penumbral) berlaku apabila bulan masuk ke dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Tapi, gerhana jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar. 


Sumber:

Nota: Kawan sa bilang, akan diadakan Program Cerapan Dan Solat Sunat Gerhana Bulan pada June 16th 2011, jam 02:00am hingga 06:00am di Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil Putatan.






HABIS.
* maaf, saia sendiri pun tiatau apa yang saia buat dalam entry ni *

About Sic Fallacy

Vanilla Android Code Ninja. [CLOCKWORK] Modder. Androidian. DUnified. XDA-University. Photography. CEO.

6 comments:

neyra shazeyra said...

eskusme.,,,,backlink plis? HAHHAHA

GematriA™ said...

Neyra: Aiyakkk!
Lupa..
ini lah pasal..
pening ni..
hahahaha.. tus lupa..

Wyna Nubies said...

As Salam,tgh tunggu nk tgk gerhana la nih..hee~

neyra shazeyra said...

tgk ka smlm,? ahahahhahaha

neyra shazeyra said...

sumber: JUPEM ?


oh yeay! *office ayah ahahaha

neyra shazeyra said...

http://www.ieyra.com/2011/06/gambar-fenomena-gerhana-bulan-penuh.html


Translate